Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

FOTO: Majlis Resepsi Lana...

MAJLIS resepsi aktres Lana Nodin bersama jejaka pilihan hatinya Daud McKenzie selamat berlangsung...

Penerima Tidak Lagi Beraya...

BESUT - "Selama tujuh tahun kami berhari raya dalam rumah buruk yang kami...

SKMM Sekat Iklan Raya...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan menyekat satu...

Pihak Berkuasa Tahu Wujud...

PUTRAJAYA - Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan...

Tiada Had Tempoh Penjawat Awam Pegang Jawatan

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan tidak bercadang mengehadkan tempoh seorang penjawat awam memegang satu-satu jawatan dalam usaha mengurangkan kadar keterlibatan rasuah dalam salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin juga berkata, kerajaan berpendirian gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam masih terkawal.

“Setakat ini, memang tidak ada satu keputusan mengehadkan tempoh penjawat awam bertugas di satu-satu tempat. Ia tertakluk pada peraturan sedia ada bergantung pada kekosongan jawatan dan kesesuaian masa.

“Kita belum menganggap perkara ini (rasuah) membawa masalah, jika dalam keadaan terdesak, kita akan lakukan perubahan itu,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) pada sesi soal jawab lisan.

Sementara itu, Mohamed Hanipa berkata, sepanjang 2018, seramai 418 penjawat awam ditangkap kerana kesalahan rasuah dengan 140 orang telah dituduh di mahkamah.

Kategori