Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Yahaya Ismail Nafi Ugut...

KUALA LUMPUR - Penulis Yahaya Ismail menafikan dakwaan kononnya telah memeras ugut Presiden...

Polis Tahan Dua Lelaki...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat kegiatan curi motosikal di...

BlackBerry Priv Bakal Diperkenalkan...

BLACKBERRY Malaysia pada 8 Disember ini akan memperkenal flagship terbaru yang mana merupakan peranti...

Saina, Kashyap Naik Pelamin

NEW DELHI - Bekas pemain badminton wanita nombor satu dunia dari India, Saina...

“Tiada Isu Boleh Gugat Kempen Saya” – Tok Mat

RANTAU – Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap tidak ada sebarang cabaran yang perlu dihadapinya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Menurut calon Barisan Nasional (BN) itu, beliau boleh dikatakan bersih daripada apa-apa isu yang boleh menggugat misi mempertahankan kerusinya di Rantau.

“Cabaran berkempen? Tak ada cabaran apa-apa sebab selama ini pun saya bergerak dan jalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Setiap minggu saya adakan hari bertemu rakyat di pejabat saya di pekan Rantau walaupun sibuk sebagai Menteri Besar ketika itu.

“Sebab itu saya dapat jalankan hubungan baik dengan penduduk,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama BN hari ini.

Keyakinan itu katanya berlandaskan kepada prestasi cemerlangnya memegang tampuk pemerintahan Negeri Sembilan selama 14 selalu Menteri Besar Negeri Sembilan.

Malah Mohamad yakin semua penduduk Rantau mengenalinya dan ia memudahkan beliau untuk turun berkempen.

“Saya lahir dan membesar di sini, jadi tak ada apa-apa isu yang boleh ganggu gugat kempen saya. Saya bukan orang luar datang bertanding di sini.


“Rakyat pun sudah kenal saya maka ia memudahkan kerja saya untuk menghadapi PRK,” katanya.

Ditanya mengenai penglibatan PAS dalam siri kempen yang memasuki hari ketujuh hari ini, Mohamad berkata, jentera kedua-dua parti telah digabungkan bagi memudahkan gerak kerja mereka di sekitar Rantau.

“Mungkin orang tak berapa nampak komitmen PAS sebab kita sudah ubahsuai kempen dengan satukan jentera yang bergerak.

“PAS tak banyak cawangan dan penyokong di sini jadi kita gabungkan sebagai jentera bersama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengesahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertai ceramah perdana bersamanya sebelum tempoh kempen berakhir pada 11.59 malam 12 April depan. – MalaysiaGazette

Kategori