Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

120 Maut Dalam Serangan...

KANO, Nigeria - Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan 270 yang lain cedera apabila...

Daesh Lebih Agresif Sebar...

KUALA LUMPUR - Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman memberi amaran kumpulan...

Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mengalami keadaan di mana saiz kepalanya...

Kematian Akibat COVID-19 Melebihi...

BEIJING - Kadar kematian akibat coronavirus (COVID-19) mencecah 1,868 orang hari ini selepas...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Serangan Di Sri Lanka

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak ada suspek rakyat Malaysia terbabit dalam insiden serangan gereja dan beberapa hotel yang meragut lebih 300 nyawa di Sri Lanka, Ahad lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian serangan tidak mempunyai kaitan dengan pembabitan warga Malaysia.

“Kita ada terima dakwaan mengatakan serangan itu ada membabitkan warga kita.

“Tapi siasatan awal kita mendapati tidak mempunyai sebarang tanda-tanda pembabitan rakyat kita dengan insiden itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Dalam majlis itu menyaksikan Timbalan Pengarah JSJN, Datuk Kamarulzaman Mamat memangku tugas sebagai Pengarah JSJN berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Seri Mohmad Salleh yang bersara wajib.

Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, arahan telah diberikan kepada ketua polis negeri untuk mempertingkat keselamatan di setiap negeri biar pun kejadian berlaku di luar negara.

Katanya, langkah-langkah keselamatan dipertingkat termasuk di Kedutaan Sri Lanka di negara.

“Kita juga sedang berhubung dengan agensi berkaitan termasuk agensi tempatan dan antarabangsa untuk mengenal pasti rangkaian yang terlibat dalam kejadian terbabit.

“Kita sentiasa berwaspada dengan isu ini dan mengawal sebaik mungkin,” katanya.


Terdahulu, seramai 13 suspek ditahan susulan insiden siri pengeboman dahsyat menyasarkan gereja dan beberapa hotel yang meragut lebih 200 nyawa di negara terbabit.

Dalam kes berlainan, berhubung status kes anak perempuan dan bekas suami Indira Gandhi yang masih hilang, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya ada berjumpa dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan peguam yang memfailkan kes terbabit untuk bertukar maklumat serta pandangan.

“Polis tidak akan berdiam diri. Apa juga petunjuk yang diperoleh, kita akan bertindak. Kita harap orang ramai yang ada maklumat untuk beri perhatian untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Prasana Diksa, 10, dibawa lari kira-kira 10 tahun lalu oleh Muhammad Riduan Abdullah, seorang mualaf sebelum ini dikenali sebagai K Patmanathan, setelah dia secara satu pihak menukar agama semua anak-anaknya kepada Islam pada tahun 2009. Prasana ketika itu hanya berumur 11 bulan.

Ini mencetuskan perbicaraan yang berpanjangan melibatkan kedua-dua mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Mahkamah Tinggi kemudian pada tahun 2014 mengeluarkan waran tangkap ke atas Riduan. – Sinar Harian

Kategori