Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kandungan Surat Sebut Menteri...

KUALA LUMPUR - Lim Guan Eng yang mengesahkan tidak menandatangani surat lantikan bagi...

Jumaat Diumum Sebagai Hari...

KUALA LUMPUR - Hari Jumaat diumumkan sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini dalam usaha mengekal...

Netizen Biadab Hina Kebakaran...

DALAM kesedihan rakyat Malaysia terhadap tragedi kebakaran tragis melanda pusat tahfiz Darul Quran...

Pemandu Peribadi Didakwa Pindah...

SEREMBAN - Seorang pemandu peribadi hari ini dihadapkan di dua Mahkamah Majistret di...

Tiada Tangkapan Isu Kain Rentang Provokasi – Polis

SEREMBAN – Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini berkaitan isu pemasangan gegantung provokasi mengandungi ungkapan berunsur perkauman semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin berkata, pihaknya setakat ini hanya mengambil keterangan daripada saksi-saksi terlibat.

“Kita terima satu laporan yang dibuat oleh ‘pihak terganggu’ dengan keadaan itu manakala tiga laporan diterima bagi menafikan penglibatan dalam hal itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Balai Polis Rantau dekat sini, hari ini.

Kempen PRK DUN Rantau sebelum ini dicemari dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab memasang gegantung yang mengandungi ayat berbentuk provokasi terhadap calon Pakatan Harapan, Dr. S Streram.

Sementara itu beliau berkata, setakat semalam, pihaknya telah menerima 73 laporan dan membuka 15 kertas siasatan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 dan Kanun Keseksaan sepanjang kempen PRK berlangsung, namun tiada kesalahan serius dilaporkan berlaku.

Kategori