Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hudud: ‘Jangan Jadikan Agama...

KUALA LUMPUR - Umno menyokong pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan...

Indonesia Tarik Balik Pembekuan...

Indonesia bersetuju untuk menarik semula sekatan kemasukan pekerjanya ke Malaysia bermula 1 Ogos...

GLIC & G20 Teraju...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan Kelab G20 akan...

2 Rakyat Palestin Terbunuh...

BANDARAYA GAZA - Serangan udara Israel di Gaza malam tadi mengakibatkan dua rakyat...

TMJ Harap MB Baharu Bukan ‘Yes Man’ Putrajaya

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar menteri besar yang baharu bukan seorang ‘Yes Man’ kepada kerajaan pusat.

Menurutnya, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Johor mesti diutamakan.

“Saya harap menteri besar yang baru bukanlah ‘Yes Man’ Putrajaya saja. Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Johor mesti diutamakan,” katanya seperti dipetik dari Twitter rasminya HRH Crown Prince of Johor di sini, hari ini.

Selain itu, dalam ciapan Twitter terdahulu, Tunku Ismail turut menyatakan titah dari Sultan Johor untuk tukar menteri besar bukan perkara baru, namun terdapat pihak lain yang kini mendakwa mengarahkan berbuat sedemikian.

“Titah untuk tukar menteri besar sudah lama. Tetapi orang lain pula hendak mengambil kredit dan ‘mileage’ kononnya dia arahkan.


“Ke bawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup-cukuplah ‘politiking’,” katanya. – Sinar Harian

Kategori