Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

KKPT Mohon Peruntukan Khas...

PARIT - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKPT) akan memohon peruntukan...

23 Maut Tragedi Bot...

PATNA - Jumlah mangsa korban nahas bot karam di Sungai Ganges dekat sini...

Gempar Syed Saddiq Jadi...

KONON mahu jadi hero namun entahlah siapakah 'guru lawak' kepada Ketua Armada Parti...

Kilang Penapisan Gula Terbesar...

JEMPOL - Pembinaan kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor telah...

Tok Mat Gesa Rampas Semula Tanah Jika Ada Bukti

REMBAU – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa kerajaan negeri melaksanakan hasrat untuk merampas semula tanah yang kononnya diberikan kepada kroninya semasa beliau mentadbir negeri itu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata, sekiranya tanah itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang, kerajaan negeri boleh bertindak mengikut apa yang dikehendakinya.

“Tetapi mereka mesti faham bahawa Sistem Torrens yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 memperuntukkan bahawa tidak ada sesiapa pun yang berhak ke atas sesuatu bidang tanah melainkan pemiliknya sahaja.

“Jadi, tidak boleh rampas sewenang-wenangnya dan jika hendak ambil balik, kerajaan perlu membayar pampasan,” katanya dalam sidang akhbar di Rantau dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua DUN, Datuk Zulkefly Mohamad Omar bahawa Mohamad pernah memberi tanah kepada kroninya ketika menjadi menteri besar negeri itu.

Zulkefly yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri memberitahu akan mendedahkan pihak yang mendapat tanah dengan cara tersebut.

“Kita bincang dengan Yayasan Negeri Sembilan agar rampas tanah ini dan serah kepada mereka yang boleh beri pulangan kepada kerajaan negeri,” katanya dalam satu ceramah di Kampung Mambau, Rantau, malam tadi.


Mohamad menarik perhatian, beliau tidak pernah meluluskan tanah kepada mana-mana pihak secara peribadi atas kapasiti sebagai Menteri Besar.

Katanya, walaupun beliau adalah Menteri Besar, kuasa untuk meluluskan permohonan tanah terletak pada pihak berkuasa negeri atau Exco.

Jelasnya, apa saja yang hendak diluluskan mesti dibawa ke Exco dan lulus atau tidak, itu adalah bidang kuasa pihak berkuasa negeri.

“Saya tidak risau apa-apa sebab saya tahu apa yang saya buat dulu. Sebab itu, saya kata dia kena buat apa yang dia cakap (hendak rampas semula tanah) kerana ia boleh menimbulkan banyak prasangka dan persoalan (jika tidak dilakukan),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori