SERDANG – Tindakan seorang tokan wanita menyembunyikan 50 ketulan mampat ganja dalam guni makanan kucing gagal mengaburi mata pihak berkuasa selepas dia diberkas dalam satu serbuan di Lestari Perdana 3, Seri Kembangan di sini pada Selasa lalu.
Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun yang ketika itu sedang memandu kereta jenis Toyota Vios pada pukul 6 petang sebelum menemui kira-kira 50 kilogram ganja bernilai RM150,000 dalam but kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Kelantan menghala Lembah Klang.
āSiasatan lanjut juga mendapati, suspek yang merupakan penganggur itu baru aktif dalam kegiatan pengedaran dadah selain ujian air kencingnya positif dadah jenis Methampahetamin.
āWanita tersebut dikatakan mendapat bekalan dari sempadan dan dibawa masuk melalui Kelantan sebelum dibawa sendiri menggunakan kereta untuk diedarkan kepada penagih sekitar Lembah Klang,ā katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, pihak polis kini dalam usaha mengesan ahli sindiket yang terlibat bersama suspek utama itu.
āSuspek direman selama tujuh hari sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
āRampasan ganja itu mampu menampung bekalan buat 10,000 penagih,ā ujarnya. – K! ONLINE