Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sabitan Kes Bawah Atipsom...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak...

Ditumbuk, Didera Bapa Durjana...

Inilah contoh bapa yang tak bertanggungjawab! Hanya kerana tidak membawa balik rokok yang...

Badan Peguam Saman PDRM,...

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM),...

Denda RM15,000 Gagal Daftar...

Johor Bahru - Syarikat pembinaan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Tulang Rusuk Belakang Adib Patah Tak Pernah Diperiksa

SHAH ALAM – Saksi ke-29 dalam prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim hari ini memaklumkan terdapat kemungkinan tujuh tulang rusuk kiri bahagian belakang anggota bomba itu yang patah tidak pernah diperiksa ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya atau di Institut Jantung Negara.

Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang dahulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid berkata, patah tulang rusuk kiri bahagian belakang yang dialami Muhammad Adib itu tidak dilihat oleh sesiapa sama ada terdapat kesan lebam atau pun tidak.

“Tiada sesiapa pun yang lihat di belakang badan anggota bomba itu. Kemudian, apabila menerima rawatan seterusnya, saya rasa tidak ada sesiapa pun yang lihat di situ.

“Apabila terbalikkan anggota bomba pun mungkin tidak ada sesiapa yang lihat. Sekiranya ada pun, mungkin tidak dilaporkan kerana tidak tahu sama relevan atau tidak kecederaan itu,” katanya.

Dr. Shahrom, 62, yang pernah menjadi saksi dalam inkues Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed yang terjatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2011 berkata demikian di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah dalam prosiding inkues yang memasuki hari ke-24 hari ini.

Sementara itu, menjelaskan secara terperinci punca bagaimana Muhammad Adib mengalami patah tulang rusuk hadapan dan belakang, Dr. Shahrom berkata, kepatahan empat rusuk kanan bahagian hadapan berlaku akibat hentakan hujung sisi pintu penumpang hadapan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang tumpul dan nipis.


Tujuh rusuk kiri belakang yang patah pula adalah disebabkan hentakan badan Muhammad Adib ke jenang (rangka) pintu van yang sama, jelasnya.

“Hanya dua tulang rusuk belakang kanan patah disebabkan ada otot yang melindungi tulang spatula. Oleh demikian, impak yang sama dengan hadapan tetapi ditahan otot dan tulang spatula. Daya hentakan sampai ke situ kurang berbanding impak yang diterima rusuk hadapan dan sebab itu hanya dua sahaja patah,” ujarnya.

Inkues bersambung esok. – UTUSAN ONLINE

Kategori