Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fara Fauzana Kahwin Ahli...

BEKAS penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dilapor bakal menamatkan zaman bujangnya dengan...

Anggota Forensik IPK Pahang...

KUANTAN - Seorang anggota forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)...

Skandal Paya Indah: SAMM...

PUTRAJAYA - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rapid Rail Lancarkan Set...

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)...

Warga Emas Sesat Pergi Rumah Anak Sendiri

SABAK BERNAM – Seorang warga emas yang mempunyai masalah hilang ingatan atau amnesia bernasib baik apabila berjaya ditemui selepas setengah jam tersesat di kawasan perumahan di Parit 4, Sungai Panjang, semalam.

Asrah Salleh, 85, yang menunggang motosikal bersendirian tersesat sejauh kira-kira lima kilometer sewaktu ingin menuju ke rumah anak bongsunya di Parit 1, Timur ketika ditemui orang ramai pukul 7.30 malam.

Difahamkan, mangsa bertolak dari rumahnya di Kampung Sungai Tengar, Sungai Air Tawar pukul 6.30 petang.

Menurut seorang penduduk, Adyzul Azree Mustafa, mangsa ditemui dalam keadaan terpinga-pinga di tepi jalan bersama motosikalnya.

“Beberapa penduduk kemudiannya memaklumkan kepada beberapa kenalan di kampung lain sebelum berjaya menghubungi warisnya.

“Salah seorang anak mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke Sungai Limau datang mengambil warga emas itu empat jam kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Sementara itu, anak mangsa, Zulkifli Asrah, 54, menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan bantuan orang ramai bagi memastikan keselamatan bapanya itu.

Jelasnya, ini merupakan kali kedua kejadian serupa menimpa bapanya selepas empat bulan lalu.

“Dalam insiden pertama itu, bapa tersesat sehingga pekan Sungai Besar sewaktu hendak menuju lokasi sama iaitu Parit 1, Timur,” katanya. – K! ONLINE

Kategori