Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Lagi Suspek Dalang...

KUCHING - Polis menahan 2 lagi individu yang disyaki dalang sindiket penipuan pekerjaan...

Izara Aishah Dan Anak...

Seminggu lalu anak kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu Adib Khalid telah meraikan...

PBNJ Beri Sumbangan RM100,000...

KUALA LUMPUR - Kesengsaraan dialami sebahagian penduduk pantai timur akibat banjir besar yang...

Raysha Dikecam Netizen Hadiri...

PENAMPILAN bekas juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose di acara gilang gemilang Anugerah...

1 Juta Kenderaan Dijangka Masuki Kelantan Aidilfitri Ini

TANAH MERAH – Sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kemasukan kenderaan ke negeri ini berlaku secara berperingkat ekoran musim cuti sekolah sudah bermula.

“Jadi kita jangkakan akan berlaku pertambahan namun ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan tidak sekali gus seperti sebelum ini.

“Apa pun kita harap pemandu supaya berhati-hati ketika memandu dan tidak berlumba di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Ops Selamat peringkat negeri Kelantan di perkarangan bandar Taman Kota Harmoni di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata, sehubungan itu mereka yang pulang beraya nanti diingatkan tidak mengambil sikap terlalu teruja untuk pulang ke kampung sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika di jalan raya.


“Ramai di antara pemandu kebanyakannya tidak cukup rehat dan memandu dalam keadaan berbahaya. Kita harap biarlah mereka cukup rehat dan barulah mulakan perjalanan ke destinasi yang dituju,” katanya.

Sementara itu, Hasanuddin meminta mereka yang meninggalkan rumah ketika hari raya ini supaya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak berlakunya kes pecah rumah yang sering berlaku sepanjang perayaan.

Kategori