Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Gadis Ajaib Mampu Makan...

TOKYO - "Banyak makan pasti akan ada banyak lemak dalam badan" ungkapan itu...

KDN Tidak Keluarkan Peraturan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk...

Kenaikan Tarif Air Bukan...

PETALING JAYA – Kenaikan tarif air tidak dapat dielakkan, dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan...

Maha Vajiralongkorn Rasmi Raja...

BANGKOK - Putera Mahkota Maha Vajiralongkon menaiki takhta pada Khamis selepas menerima jemputan...

2 Cedera, Seorang Terperangkap Runtuhan Di LRT Putra

KUALA LUMPUR – Dua individu cedera manakala seorang lagi dipercayai masih terperangkap akibat runtuhan bangunan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Putra Terminal Gombak, Jalan Taman Melati yang dalam pembinaan di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 1.13 pagi.

“Seramai 46 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, dan Wangsa Maju telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati berlakunya runtuhan struktur konkrit di bangunan yang sedang dibina itu,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau menambah, seramai tiga mangsa terlibat dengan dua daripadanya yang cedera telah dibawa ke hospital Selayang untuk rawatan lanjut manakala seorang individu warganegara Indonesia masih terperangkap dalam runtuhan itu.


“Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan dalam operasi mengesan mangsa yang terperangkap.

“Pihak bomba kini sedang giat menjalankan kerja-kerja mengalihkan struktur konkrit yang runtuh,” ujarnya. – K! ONLINE

Kategori