Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Anak Ghafar Baba Beri...

KUALA LUMPUR - Datuk Tamrin Abdul Ghafar yang juga anak sulung bekas Timbalan...

PAS Lapor Polis, Ucapan...

JOHOR BAHRU - PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Tun Dr....

JPJ Kesan Lebih 2,600...

SEBANYAK 2,681 kes membabitkan nombor pendaftaran kenderaan palsu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

Najib Setuju Saranan Pemuda...

Bagi menghadapi cabaran yang melanda UMNO kini, cabang Pemuda menyarankan agar Perdana Menteri,...

2 Mangsa Masih Terperangkap Runtuhan Bangunan

KUALA LUMPUR – Dua warga Indonesia dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan di tapak pembinaan Terminal Bas Bersepadu Gombak dalam kejadian 1 pagi tadi.

Menurut sumber, sehingga kini mereka gagal dihubungi oleh penyelia tapak projek selepas kejadian runtuhan.

“Sehingga jam 12.40 tengah hari usaha mengesan mereka masih gagal,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, kali terakhir rakan mereka bertemu dengan pasangan itu sekitar jam 11.30 malam sebelum insiden berlaku.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari tadi mendapati, Unit Anjing Pengesan Bomba K9 sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Terdahulu, tangan kiri salah seorang mangsa insiden runtuhan itu terpaksa dipotong bagi membolehkannya operasi menyelamat dilakukan.


Ini berikutan mangsa berada pada kedudukan sempit di celah runtuhan.

Seorang lagi mangsa warga Bangladesh dapat dibawa keluar oleh anggota bomba sekitar jam 7.05 pagi tadi selepas hampir enam jam dihempap struktur besar konkrit yang runtuh.

Dua mangsa warga Indonesia pula diselamatkan oleh pekerja lain yang turut berada di lokasi ketika kejadian dan punca runtuhan masih dalam siasatan. Runtuhan berlaku sekitar jam 1 pagi tadi. – Sinar Harian

Kategori