Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemilik FB ‘Mac Chan’...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) menggesa pihak berkuasa menyiasat...

2 Sepupu Maut Dalam...

JOHOR BAHRU - Dua sepupu terbunuh dalam kemalangan di KM 26 Jalan Lok...

Warga Indonesia, Pelajar, Maut...

MELAKA - Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia dan seorang lagi pelajar lelaki tingkatan...

GAMBAR: Lelaki Cedera Selepas...

BEBERAPA keping gambar seorang lelaki yang cedera akibat smoke vapor (vapor) yang digunakan...

30 Gerai Musnah Kebakaran Depan Wisma Yakin

KUALA LUMPUR – Lebih 30 gerai musnah dalam satu kebakaran di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di sini awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang perkara tersebut pada pukul 1.35 pagi.

“Seramai 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Sentul dan BBP Pudu bersama empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah ‘water tanker’ dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati lebih 30 gerai di situ musnah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi.

“Kesemua gerai di situ musnah 100 peratus dan anggota kemudian meneruskan kerja-kerja pemadaman.


“Pasukan dari Unit Siasatan Kebakaran turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan untuk mencari punca kebakaran,” ujarnya.

Difahamkan kebakaran itu melibatkan kawasan perniagaan berkeluasan kira-kira 2,000 kaki persegi (185.5 meter persegi). – K! ONLINE

Kategori