Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Datang Awal Ke Sambutan...

KUCHING - Orang ramai dinasihatkan datang awal untuk sama-sama menyambut ambang tahun baharu...

Runding Kumpulan Penculik Bebas...

SANDAKAN - Rundingan sedang dijalankan dengan kumpulan penculik lima kru warganegara Malaysia yang...

Remaja Perempuan Kritikal Ditikam...

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan kritikal selepas ditikam seorang lelaki, dipercayai teman...

3,752 Sembuh, 12 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 menurun dengan 1,924 kes baharu direkodkan setakat...

4 Lelaki Ditahan Rancang Serangan Pada Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR – Empat lelaki termasuk seorang warganegara tempatan ditahan kerana terlibat dalam kumpulan pengganas yang merancang untuk melancarkan serangan di negara ini pada minggu pertama bulan Ramadan.

Kesemua suspek ditahan terdiri daripada seorang warga tempatan, dua warga Rohingya dan seorang Indonesia yang berusia antara 20 hingga 49 tahun.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kesemuanya ditahan dalam operasi khas yang dilancarkan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman (E8) di sekitar Terengganu dan Lembah Klang pada 5 Mei dan 7 Mei lalu.

“Mereka mengaku menyertai sel pengganas Militan Islam (IS) atau Daesh dan bersedia untuk melancarkan serangan terhadap rumah ibadat bukan Islam dan pusat hiburan di negara ini pada minggu pertama bulan Ramadan bagi membalas dendam kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim, anggota bomba yang maut dalam rusuhan di kuil pada tahun lalu.

“Mereka turut merancang untuk melakukan pembunuhan terhadap personaliti-personaliti berprofail tinggi yang didakwa tidak memperjuangkan dan menghina Islam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Abdul Hamid menambah, tangkapan pertama dibuat terhadap seorang buruh binaan warganegara tempatan berusia 34 tahun yang juga dalang utama rancangan itu di Kuala Berang, Terengganu pada 5 Mei lalu selain turut merampas sepucuk pistol, 15 butir peluru dan enam bahan letupan improvised explosive device (IED) serta sepucuk pedang samurai.


“Tangkapan seterusnya dibuat di ibu negara pada 7 Mei lalu iaitu dua warga Rohingya berusia 20 dan 25 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran dan buruh binaan dan salah seorang daripadanya merancang untuk melancarkan serangan di Kedutaan Myanmar di sini dan berjihad di Rakhine, Myanmar.

“Tangkapan keempat pula dibuat di Subang Jaya pada hari yang sama iaitu warganegara Indonesia berusia 49 tahun dan mengaku terlibat dalam sel kumpulan pengganas serta merancang berjihad di Syria,” ujarnya.

Kesemua suspek disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – K! ONLINE

Kategori