Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kelantan Kuat Kuasa Kod...

KOTA BHARU - Pasukan Kelantan akan menguatkuasakan kod etika bagi meningkatkan disiplin pemain...

Projek Tren Laju KL-Pantai...

KUALA NERUS - Rancangan kerajaan untuk membina sistem keretapi laju Kuala Lumpur-Pantai Timur...

Pemilihan Ke UNSC Beri...

KUALA LUMPUR - Sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)...

Wajah Hantu Tertangkap Kamera,...

DUBLIN - Satu keluarga di selatan Ireland hidup dalam ketakutan setelah tidak sengaja...

6 Bulan Untuk Kerajaan Kaji Manfaat RTS

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menjalankan kajian selama enam bulan terhadap projek Rangkaian Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura untuk menentukan sama ada ia bermanfaat kepada negara, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kerajaan terdahulu telah memeterai perjanjian tertentu berhubung beberapa projek di Malaysia.

“Kami berpendapat kontrak itu terlalu mahal dan terdapat bukti berlakunya rasuah dan kami telah lama membuat keputusan iaitu sebelum kami menjadi kerajaan lagi untuk tidak meneruskan projek-projek ini.

“Bagaimanapun, dengan tidak meneruskan projek-projek ini atau membatalkannya akan melibatkan bayaran pampasan amat tinggi,” katanya pada majlis di Kelab Koresponden Asing Jepun di Tokyo, Jepun hari ini. Teks ucapannya dikeluarkan di sini hari ini.

Oleh itu, Dr. Mahathir berkata kerajaan sekarang memutuskan untuk mengurangkan kos projek berkenaan dan berunding semula dengan kontraktor, seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dengan kerajaan berjaya mengurangkan RM21 bilion daripada kos asal.

“Sekarang kami juga ada projek lain, yang kami mungkin menangguhkannya, sama ada menangguhkan atau mengurangkan skop atau kosnya. Inilah yang kami sedang lakukan, tetapi kami melakukannya menerusi rundingan,” katanya.


Antara lain, beliau berkata Malaysia memerlukan dua tahun untuk membuat keputusan berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

“Semua ini diselesaikan secara baik antara kerajaan Malaysia dan kontraktor yang dilantik kerajaan terdahulu,” kata Dr. Mahathir.

Kategori