Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kingpin Diberkas, Polis Rampas...

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai...

Pesara Dan Tentera Cedera...

MELAKA - Sebanyak 87 anggota tentera darat berpencen dan masih berkhidmat, yang tercedera...

APMM Tahan Kapal Dagang...

IPOH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan sebuah...

Erra Fazira Nafi Bertudung...

ALHAMDULILLAH, sekarang memang dah nampak makin ramai selebriti wanita yang sudah mula memakai...

Abdul Hadi Dakwa Anwar Seperti Seorang Pelakon

MARANG – PAS menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pelakon berhubung hasrat Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk dikenali sebagai pemimpin negara yang memiliki keyakinan teguh terhadap Islam apabila memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, lakonan Anwar berubah-ubah mengikut keadaan dan ia jelas dilihat berdasarkan majlis-majlis yang dihadiri sebelum ini dengan ada di antaranya yang menimbulkan kontroversi termasuk membabitkan babak menari.

“Itu gambaran dan rakyat melihat. Di tempat orang Islam dia begitu manakala di majlis sambutan Deepavali, cara Deepavali dan sambutan Hari Krismas, cara Krismas.

“Saya tak perlu komenlah, cukuplah dengan apa yang dia (Anwar) lakonkan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya sejurus selepas mengadakan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Semalam, Anwar meluahkan hasrat ingin dikenali sebagai pemimpin negara yang memiliki keyakinan teguh terhadap Islam apabila memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelak di samping mahu menjadi pemimpin yang sangat prihatin terhadap orang bukan Islam.

Hasrat itu dinyatakan dalam Majlis Iftar Perdana anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Alumni Kolej Dar al-Hikmah (KDH) di ibu kota Kuala Lumpur.


Majlis tersebut turut diadakan sempena meraikan pembebasan setahun Anwar daripada penjara.

“Saya mahu insya-Allah jika diberi ruang untuk mentadbir negara ini, tadbir sebagai tokoh yang jelas pendirian dan keyakinan dalam Islam.

“Tetapi dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin dan mengasihani kawan-kawan kita baik dalam kalangan bukan Islam seperti Kristian, Hindu kerana mereka juga warga kita yang setia,” katanya ketika berucap. – UTUSAN ONLINE

Kategori