PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
Perdana Menteri percaya pelantikan berkenaan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Ya… Saya fikir dialah (Abdul Hamid). Saya fikir Agong telah tandatangan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai pelantikan Pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Dr. Mahathir berkata, pihaknya belum menyenarai pendek calonnya lagi.
“Pelantikan itu akan dilihat. Mereka (Suhakam) akan dapat pemimpin baharu kerana Tan Sri Razali Ismail minta berhenti,” katanya. – UTUSAN ONLINE