Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Keluarga Dr Kanagalingam Terharu...

KUALA LUMPUR - Keluarga bekas Naib Presiden Suruhanjaya Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM)...

Sifat Amanah Penentu Kesejahteraan...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah sifat amanah merupakan penentu kepada...

Kerajaan Pertimbang Beri Vaksin...

ALOR SETAR - Kerajaan sedia mempertimbang pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 12...

DoJ Minta Bantuan Thailand...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat akan meminta bantuan kerajaan Thailand...

“Ada Bantahan Anwar Jadi PM, Tetapi Saya Akan Tepati Janji”

PERDANA Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan akan melepaskan kepimpinan kerajaan kepada Anwar Ibrahim seperti dijanjikan, tetapi berkata tidak ada tempoh masa yang ditetapkan bagi peralihan kuasa itu.

Beliau berkata, apabila Pakatan Harapan (PH) dibentuk, telah dipersetujui bahawa beliau akan memimpinnya.

ā€œTempoh jawatan saya, sekiranya menjadi perdana menteri, akan terhad kepada tempoh tertentu, tetapi masa sebenarnya tidak disebut,ā€ katanya dalam satu temu bual di Tokyo.

Dr. Mahathir kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun.

Bagaimanapun katanya, beliau bersetuju Anwar akan menggantikannya sebagai perdana menteri dan beliau akan ā€œakur kepada perjanjianā€.

Katanya mungkin ada bantahan terhadap peralihan kuasa itu, tetapi menambah bahawa ia ā€œadalah masalah merekaā€, bukan masalah beliau.

ā€œJanjinya ialah saya akan berundur selepas beberapa waktu bagi memulihkan semula keadaan ekonomi,ā€ kata beliau.

Dr. Mahathir sebelum ini berkata, beliau memerlukan antara 2 1/2 ke 3 tahun untuk mengatasi masalah berkaitan kewangan negara yang diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.


Menurut perjanjian yang dibuat dengan pemimpin PH, Anwar akan menggantikan Dr. Mahathir sebagai perdana menteri dalam tempoh dua tahun.

Awal bulan ini, Dr. Mahathir yang menggelar dirinya sebagai ā€œperdana menteri sementaraā€ berkata, beliau tidak bercita-cita untuk menyudahkan tempoh sepenggal sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, pada Februari, Anwar berkata, beliau menjangka akan menjadi perdana menteri dalam tempoh tidak lebih dua tahun.

Bagaimanapun beliau juga berkata, Dr. Mahathir perlu diberikan ruang secukupnya untuk mentadbir dengan berkesan pada ā€œwaktu yang sukar dan mencabarā€ kini. – FMT

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori