Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pusat Perubatan Prince Court...

Kuala Lumpur – Selepas peristiwa gempa bumi dahsyat yang berlaku di Turkiye dan...

Pakar Biologi Dakwa Rupa...

MASYARAKAT sememangnya sudah dibiasakan dengan tanggapan bahawa alien memiliki mata dan kepala yang...

Langkawi Cadang Bida PATA...

LANGKAWI - Langkawi akan membida untuk menjadi tuan rumah Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik...

Adun GRS, PH, UMNO...

Kota Kinabalu : Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gabungan Rakyat Sabah (GRS),...

Agong Beriltizam Teruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini beriltizam akan meneruskan legasi dan sifat perikemanusiaan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Ia suatu yang sukar beberapa hari ini buat kami sebagai sebuah keluarga. Tetapi kami tidak mungkin dapat melalui semua ini tanpa cinta, sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga, rakan-rakan, rakyat Pahang dan semua rakyat Malaysia.

“Untuk ini dan yang lain lagi, kami berterima kasih dengan setulus hati kepada anda,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, rakyat Malaysia telah kehilangan seorang manusia yang luar biasa namun yang lebih penting, mereka kehilangan ayahanda yang tersayang dan rakyat kehilangan seorang Sultan yang benar-benar luar biasa.

“Malahan, kami berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kami dengan seorang pemimpin dengan sifat yang merendah diri yang kita semua terdorong dengan kasih sayang dan rahmatnya kepada rakyat Pahang dan Malaysia. Ayahanda kami kekal dalam sanubari kami buat selama-lamanya, Al-Fatihah,” demikian titah kedua-dua Baginda.


Pada 22 Mei, Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pukul 8.50 pagi.

Sultan Ahmad Shah, 88, adalah Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang ini.

Kategori