Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Semakan Semula Had...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum ada cadangan untuk membuat sebarang semakan semula ke...

Berjaya Pembedahan Pemindahan Kepala

VIENNA - Seorang profesor kontroversi dari Itali, Sergio Canavero mendakwa pemindahan kepala manusia...

Exco DAP Selangor Tuduh...

BANGI – Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil...

Wanita Terberat Di Dunia...

NEW DELHI - Seorang wanita Mesir yang dipercayai paling berat di dunia dan...

Aliff Aziz ‘Kantoi’ Lagi

KUALA LUMPUR – Tidak pernah serik, pelakon Aliff Aziz sekali lagi didakwa berlaku curang dengan seorang wanita baru-baru ini.

Menerusi gambar yang tersebar melalui media sosial, Aliff yang tidak mengenakan baju itu dilihat sedang dipeluk wanita yang dikatakan teman wanita terkininya.

Perkongsian yang dibuat seorang pengguna laman sosial yang juga mendakwa dirinya sebagai rakan kepada wanita yang dimaksudkan menjelaskan dia sangat kecewa dengan rakannya itu yang dikenali sebagai Nismell.

“Nismell takkanlah dengan laki orang pun kau nak?

“Tak kesian ke dengan anak bini dia, malu lah sikit, kau nak jadi apa.

“Semoga Allah memberi balasan kepada kau,” tulisnya menerusi Instastory.

Sementara itu, wanita ini juga turut berkongsi muat naik perbualannya dengan isteri kepada Aliff, Bella Astillah.


Bella yang sempat berterima kasih dengan perkongsian itu, turut memuji tindakan wanita tersebut yang dilihat cuba membantu dirinya.

Bella ketika dihubungi Utusan Online untuk mengulas kontroversi terbaharu yang membabitkan suaminya ini bagaimanapun hanya sempat berterima kasih kepada mereka di luar sana yang terus menyokong dirinya.

Terdahulu selepas kes kontroversi bersama pelakon Afifah Nasir, Aliff sekali lagi didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon wanita Oktovia Menrose baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori