Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

SPRM Selangor Tahan Bekas...

SEORANG bekas wakil rakyat DAP di Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Silap Sebut Jantina Caitlyn...

JIKA ada yang masih tidak tahu siapa Caitlyn Jenner, wanita yang menghiasi muka...

Hanez Buat ‘Surprise Birthday’...

JIKA minggu lalu dunia hiburan tanah air dikecohkan dengan berita aktres Hanez Suraya...

DAP Alami Krisis Kepercayaan,...

LUNDU - Tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang anggota Parlimen...

AmBank Research Kekalkan Sasaran Inflasi 2019

KUALA LUMPUR – AmBank Research mengekalkan sasaran inflasi setahun penuh pada satu peratus dan yakin Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar selepas melaksanakan pengurangan pada awal Mei.

Dalam nota kajiannya, ia berkata, inflasi teras dijangkakan tidak berubah dalam jangka terdekat, disokong oleh sentimen domestik yang lemah serta harga minyak mentah dunia yang turun naik.

“Kami menjangkakan sebarang peningkatan dalam inflasi disebabkan oleh kesan asas yang rendah ekoran pelepasan cukai tiga bulan pada 2018, selain ringgit yang lemah berbanding dolar AS, yang mencatat kerugian setakat ini tahun ini pada paras 1.3 peratus hingga 4.19,” katanya.

AmBank Research berkata, inflasi teras yang dibaca pada 0.2 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah sejak Mac, namun tidak memenuhi unjuran pasaran sebanyak 0.4 peratus.

“Bagaimanapun, tekanan inflasi masih kekal di paras negatif, dengan purata empat bulan pertama pada -0.2 peratus, manakala inflasi teras pada April meningkat pada kadar yang sama pada Mac, pada 0.5 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Kategori