Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

RON95, RON97 Naik 2...

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 naik dua sen seliter kepada RM2.04  manakala...

KPDNKK Pahang Rampas 1,795...

BENTONG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas 1,795...

Misi SAR Berbaki Dua...

PUTRAJAYA : Misi mencari dan menyelamat (SAR), Muhammad Hawari Hashim menggunakan dron diperluas...

Rakyat Johor Bakal Nikmati...

JOHOR BAHARU - Kerajaan negeri terus mendengar denyut nadi rakyat apabila dijangka melancarkan...

ANAK Hilang Arah Lepas Mazlan Aliman Dapat Jawatan?

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) didakwa gagal berperanan membela nasib pekebun kecil dan peneroka Felda selepas pemimpinnya mendapat jawatan dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengakui, sejak PH menjadi kerajaan, tiada satu NGO pun yang memperjuangkan komuniti peneroka tersebut termasuk ANAK sendiri.

“(ANAK gagal berfungsi) itu sudah pasti, hari ini ANAK pun sudah hilang anak, kita tak tahu ANAK ke mana sudah.

“Apakah selepas Mazlan Aliman dapat jawatan selesa, sepatutnya ANAK ini kalau masih berfungsi, kami Pemuda UMNO akan menyokong ANAK ini.

“Tapi masalahnya tiada satu pun NGO benar-benar memperjuangkan nasib mereka. Jadi Pemuda UMNO kena ambil inisiatif ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat sayap UMNO itu, di Ibu Pejabat UMNO, di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Terdahulu Asyraf Wajdi mengumumkan pihaknya akan menubuhkan Jawatankuasa Pembela Pekebun Kecil dan Peneroka Felda bagi membela nasib komuniti itu yang dihimpit dengan kos sara hidup akibat kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah.

Jawatankuasa itu, antara lain menjadi pemudah cara kepada komuniti peneroka untuk menyuarakan kebimbangan mereka kepada Kerajaan PH tentang perlunya mekanisme alternatif bagi menangani kejatuhan harga komoditi itu.

Asyraf Wajdi juga berkata, walaupun jawatankuasa itu akan mengambik alih peranan ANAK, namun pihaknya tidak menggunakan pendekatan negatif yang digunakan ANAK sebelum ini.

“Kita tidak buat cara kerja ANAK, kita tidak akan menghasut dan memfitnah peneroka.


“Apa kita buat adalah untuk menjadi suara hati mereka, menjadi lidah penyambung suara pekebun-pekebun kecil dan peneroka Felda, itu saja.

“Kita bukannya kerja nak hasut mereka sebab mereka ini memang penyokong UMNO Barisan Nasional (BN) lagi, secara umumnya kita tak kalah pun di Felda-Felda ini,” katanya.

Katanya lagi, Kerajaan PH tidak sewajarnya meminggir naib komuniti petani khususnya tanah rancangan Felda hanya kerana mereka ini masih menjadi penyokong tegar UMNO dan BN.

“Bukan isu siapa menyokong siapa, ini isu rakyat Malaysia yang sepatutnya diambil kira oleh Kerajaan PH yang kini sudah menjadi kerajaan pusat.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, PH perlu menjadi kerajaan kepada semua tak kira siapa, walaupun Felda itu menjadi kubu kuat BN, tetapi ini rakyat mereka dan ada kesan gandaan kepada masalah sosial dan negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori