Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ekspresi Negaraku Digerakkan Di...

PUTRAJAYA - Program Ekspresi Negaraku yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari...

Jambatan Kaca Terpanjang Di...

JIKA sebelum ini jambatan kaca Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat berada kedudukan...

Rompakan Di Perairan Tungku...

TAWAU - Pemilik kapal syarikat San Hap trauma dengan insiden melibatkan 19 anak...

Dr Halim Shafie Dilantik...

KUALA LUMPUR - Bekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri...

“Andainya Ini Ramadan Terakhir”

KUALA LUMPUR – Selepas bersara, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din aktif menyampaikan kuliah dan ceramah di masjid dan surau seluruh negara.

Pada usia 72 tahun, ternyata kudrat Allahyarham masih kuat untuk melakukan kerja dakwahnya iaitu menyampaikan ingatan serta ilmu kepada orang ramai.

Malam tadi, kira-kira tujuh jam sebelum Allahyarham terjatuh ketika mahu menyarung seluar untuk menunaikan solat Subuh lalu pengsan dan meninggal dunia, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu sempat menyampaikan satu kuliah.

Kuliah bertajuk ‘Andainya Ini Ramadan Terakhir’ disampaikan di Surau An-Nur Fasa 3A, Bandar Seremban Selatan, Negeri Sembilan.

Antara kandungannya ceramah terakhirnya adalah tentang kelebihan bulan Ramadan dan amal ibadat yang dilakukan sepanjang bulan suci itu.

Amat memilukan apabila Allahyarham sendiri tidak sempat menikmati Ramadannya tahun ini apabila pergi menghadap Ilahi kurang seminggu sebelum Ramadan tiba.

Dalam kuliahnya, selain seperti lazimnya fasih memetik dalil serta jelas menerangkan hukum tentang pelbagai perkara yang disoal penonton, Allahyarham ceria dan banyak kali bergurau dengan penonton.


Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi tadi ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terjatuh di rumahnya ketika mahu menunaikan solat Subuh.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda selepas solat Zohor dan akan kemudian dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran masjid berkenaan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak yang lima daripadanya adalah perempuan. – UTUSAN ONLINE

Kategori