Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Didenda RM2,500 Kerana...

Ipoh : Seorang wanita didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini...

Polis Mohon Bon Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon bon mahkamah ke atas...

Malaysia Tetapkan 2 Agenda...

PUTRAJAYA - Merealisasikan penubuhan Komuniti Asean 2015 dan membangunkan Wawasan Komuniti Asean Pasca...

4 Individu Dikenal Pasti...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)...

Bahasa Malaysia Ke-39 Terseksi Di Dunia

KUALA LUMPUR – Bahasa Malaysia menduduki tangga ke-39 sebagai bahasa paling seksi di dunia, me­nurut sebuah portal pelanco­ngan terkemuka antarabangsa pada Isnin lalu.

Keputusan itu diraih menerusi kajian yang dilakukan oleh Big 7 Travel Media dengan mempunyai 1.5 juta pengguna di hampir 60 buah negara seluruh dunia.

Ia sekali gus jauh mengalahkan Bahasa Jepun yang menduduki tangga ke-42, Thailand (48), Mandarin (43) dan Jerman (46).

Sementara itu, bahasa Kiwi ‘Newzild’, milik negara New Zealand berada di tempat pertama sebagai bahasa terseksi di dunia, manakala tangga kedua dan ketiga pula masing-masing menjadi milik bahasa Afrika Selatan dan bahasa Irish.

Dalam pada itu, bahasa Latin dari Itali yang sering kita de­ngar dalam telenovela berada di tangga keempat bersama-sama dialek Australia tangga kelima.

Turut berada di dalam senarai kedudukan 10 teratas bahasa terseksi dunia ini ialah bahasa Scotland, Sepanyol, Amerika Selatan, Brazil dan Bahasa Portugis.
 Menurut laporan itu, dengan hampir 7,000 bahasa di seluruh dunia, sebanyak 50 negara bahasa paling seksi di dunia dipilih.

Senarai bahasa paling seksi di dunia 2019:

1. Bahasa Kiwi ‘Newzild’ (New Zealand)

2. Bahasa Afrika Selatan

3. Bahasa Irish (Scotland)

4. Bahasa Itali


5. Bahasa Australia

6. Bahasa Scottish (Ireland)

7. Bahasa Perancis

8. Bahasa Sepanyol

9. Bahasa Amerika Selatan

10. Bahasa Brazil-Portugis

39. Bahasa Malaysia

Kategori