Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Tiada Kuasa Tentukan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa...

Malaysia Baharu Diselaputi Pelbagai...

BONGKAR... Era ‘Malaysia Baharu’ di bawah Pakatan Harapan (PH) sebenarnya diselaputi pelbagai kecelaruan,...

Zahid Beri Keterangan Kali...

PUTRAJAYA – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu...

Mengapa Suspek Bunuh Mudah...

DALAM masa lebih kurang 72 jam, dua wanita ditahan pasukan polis negara ini...

“Bale, Kamu Tak Diperlukan Di Bernabeu” – Zidane

SEPANYOL – Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengesahkan kepada Gareth Bale tidak lagi diperlukan di kelab itu.

Katanya, karier bintang kelahiran Wales itu berakhir di Bernabeu dan akan dijual menjelang akhir musim ini.

Zidane dikatakan berterus terang mengenai perkara itu kepada Bale dalam pertemuan pagi tadi.

Bale dikatakan merancang untuk meninggalkan La Liga akhir musim lalu tetapi kelab itu dikejutkan dengan Zidane yang berundur sebagai pengurus selepas menjulang kejuaraan Eropah tiga musim berturut-turut.

Bagaimanapun, Zidane sejak kembali dilantik semula sebagai Pengurus Madrid, beliau gagal mencapai kesepakatan dengan Bale sehingga hari ini.

Bale beraksi bersama the Galacticos sejak enam musim lalu selepas berhijrah dari Tottenham Hotspurs.


Zidane merancang untuk membawa masuk Eden Hazard, Paul Pogba dan Luka Jovic dan mahu menjual Bale yang khidmatnya dianggap tamat di Santiago Bernabeu.

Zidane sudah memaklumkan Bale bahawa dia bukan lagi sebahagian perancangan skuad baharunya.

Bale tidak beraksi dalam aksi menentang Villarreal dan dilihat tidak mungkin beraksi untuk dua aksi terakhir musim ini. – Agensi

Kategori