Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Pukul Kepala...

KUALA LUMPUR - Perbuatan seorang ibu tunggal yang memukul kepala ibunya sehingga berdarah...

Putera Faisal Terima RM60.6...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi, di sini hari ini diberitahu, bekas Perdana Menteri,...

Pusat Mediasi Selesaikan 50%...

IPOH - Proses mediasi berjaya menyelesaikan kira-kira 50 peratus kes mahkamah tanpa melalui...

Forex: Penubuhan RCI Tanpa...

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan tidak seharusnya mempolitikkan keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Biadap, Bawa Anjing Di Lobi Kondo!

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak mencarut dan mengamuk selepas ditegur oleh pengawal keselamatan di sebuah kondominium kerana membawa anjingnya ke lobi perumahan berkenaan.

Tindakannya yang tular menerusi sebuah klip video berdurasi 2 minit 49 saat sejak Isnin lalu difahamkan berlaku di Taman Sungai Besi, dekat sini dan dimuat naik oleh pengguna Facebook, Eiz Hafeiz.

Jelas pengguna itu, tindakan lelaki berkenaan bukan sahaja tidak menjaga sensitiviti umat Islam, malah melanggar undang-undang perumahan dan kerajaan tempatan.

“Lelaki ini telah membawa anjing ke kawasan lobi kondominium kami yang memang dilarang, bukan sahaja dalam house rules (undang-undang perumahan) tetapi juga dalam undang-undang kerajaan tempatan.

“Bukan setakat tidak mematuhi undang-undang tetapi perbuatan dia jelas tidak menjaga sensitiviti umat Islam dan juga kepada orang lain yang mempunyai alahan atau fobia terhadap haiwan yang turut sama menggunakan lobi tersebut.

“Dan cara dia bercakap dengan pengawal yang cuba menghalang perbuatan dia adalah sangat biadab dan tidak bertamadun. Perbuatan dia bukan sahaja dikecam oleh penduduk Islam di kondominium tersebut tetapi turut dikutuk oleh penduduk-penduduk bukan Islam yang lain. Mohon viralkan perangai orang macam ini,” kata Eiz Hafeiz menerusi hantarannya dalam Facebook.

Klip video yang dimuat naik itu mendapat lebih 9,000 komen serta 7,000 perkongsian setakat pukul 1 tengah hari tadi.


Dalam pada itu, beberapa pengguna yang menonton klip video itu turut sama ‘bengang’ dengan tindakan lelaki berkenaan termasuk pemilik akaun, Ben Ji.

“Hal ini mudah, ikut sahaja peraturan ditetapkan. Tiada haiwan peliharaan yang dibenarkan,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna, Mathankrsna Matt yang mempersoalkan mengapa anjing tidak boleh dibawa masuk berbanding kucing yang dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana kawasan perumahan.

“Saya ingin bertanya, mengapa anjing sensitif, dan tidak boleh dibawa ke lobi yang merupakan di luar perimeter kawasan perumahan?” soalnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori