Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JAKIM Terima Kritikan Perbaiki...

BANGI - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengalu-alukan kritikan bersifat membina tetapi bukan...

Warga Emas Selongkar Tong...

KASIHAN melihat pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian, seorang warga emas di China...

300 Akhbar AS Selar...

WASHINGTON – Lebih daripada 300 akhbar di Amerika Syarikat (AS) semalam membuat penegasan...

Muat Naik Foto Disembah...

TINDAKAN penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini memuat naik gambar sekumpulan pekerja sedang...

Bisnes Jamie Oliver Bankrap, 1,300 Bakal Hilang Kerja

LONDON – Kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British, Jamie Oliver bakal hilang kerja selepas aset itu kini diletakkan di bawah perlindungan pemiutang.

Menurut laporan BBC, 22 daripada 25 rangkaian restoran itu sudah ditutup termasuk Fifteen, Jamie Oliver’s Diner dan restoran stik Barbecoa di London.

Dua restoran Itali dan Jamie’s Oliver Diner di Lapangan Terbang Gatwick akan meneruskan operasi untuk jangka masa pendek.

Bagaimanapun, 25 restoran Itali Oliver di luar negara dan Fifteen di Cornwall yang dikendalikan francais tidak terjejas.

Masalah terbabit dikhuatiri akan menutup perniagaan restoran yang diusahakan Oliver, 43, sejak 2006.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan pembekal atas kesungguhan mereka dalam perniagaan ini sejak sedekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.


Tahun lalu, rangkaian terbabit diselamatkan dari bankrap selepas Oliver pada saat akhir menyalurkan 13 juta pound (RM69.31 juta).

Oliver, 43, merupakan individu terkenal di United Kingdom selepas program masakan, The Naked Chef menjadi siri masakan popular. – Agensi

Kategori