Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahfuz Ke Blok Bebas...

KUALA LUMPUR - Tempat duduk Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar akan...

Pasukan Khas JPNIN Siap...

KOTA BHARU - Pasukan khas Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan...

Kerosakan Aset PDRM Di...

KOTA BHARU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengganggarkan kerosakan aset Polis Diraja Malaysia...

AMK Bantah Ikat Jamin...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah keputusan mahkamah mengenakan ikat jamin...

‘Bossku’ Dikerumuni Warga Sandakan

KOTA KINABALU – Ratusan orang mengerumuni bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun ke bazar Ramadan di sini di mana beliau meluangkan masa lebih satu jam beramah mesra dengan para penyokong dan membeli-belah.

Beliau yang terkenal dengan slogan “Malu Apa Bossku” itu juga sempat menyertai sekumpulan busker menyanyikan lagu “Anak Kampung”, diiringi sorakan orang ramai.

Najib berkata kehadiran kira-kira 300 orang penyokong petang tadi menunjukkan rakyat masih ingat dan menghargai usahanya semasa menjadi perdana menteri.

“Sekurang-kurangnya mereka yakin dalam perjuangan saya dan rakan-rakan saya dalam Barisan Nasional dan mereka yang menyokong BN,” katanya.

“Saya bukan ke sini kerana yakin kehadiran saya akan memberi undi kepada PBS. Saya hanya ingin menunjukkan saya masih mengambil berat tentang rakyat di Sandakan dan Sabah.

“Mereka sangat dekat dengan saya dan apabila ada undangan untuk saya datang dan sokong, saya mahu melakukan peranan saya.”


Najib, yang mendarat awal hari ini, berharap pilihan raya kecil Parlimen Sandakan akan menjadi pertandingan yang adil antara calon-calon.

Beliau berkata keputusan itu akan mencerminkan perasaan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

Beliau berkata ia peluang yang baik untuk rakyat memberitahu kerajaan tentang apa yang mereka fikirkan mengenai dasar-dasar semasa, setahun selepas perubahan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.

Kategori