Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PKP Di 6 Negeri...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri untuk tempoh...

PRN: Adenan Bayang Jawatan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem membayangkan 'habuan' besar bakal menanti...

Lagu ‘Sudah Ku Tahu’...

SIAPA sangka, lagu yang mengangkat nama Projector Band seterusnya memenangi tempat ketiga dalam Anugerah...

Exco Johor Didakwa 33...

JOHOR BAHRU - Exco kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi bersama seorang perunding...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR – Saham-saham di Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah kebimbangan para pelabur mengenai prospek perjanjian antara Beijing dan Washington yang kian suram.

Pada pukul 9.02 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.96 mata kepada 1,632.41 berbanding 1,639.37 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 3.81 mata kepada 1,635.56.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 241 berbanding 39 manakala 127 kaunter tidak berubah, 1,499 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 80.11 juta saham bernilai RM36.24 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. mengekalkan pandangannya bahawa pasaran tidak menentu berikutan retorik perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang berlanjutan walaupun di peringkat tempatan menyaksikan saham-saham mencatat kenaikan semula semalam berikutan jangkaan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) serta cadangan penggabungan dua syarikat gergasi telekomunikasi, Axiata Group Bhd. dan Telenor ASA.


“Kami menganggap kenaikan semalam sebagai sementara dan tekanan untuk susut akan berulang semula. Kenaikan semula saham-saham berharga rendah pada Selasa mungkin terjejas akibat pengambilan untung susulan peningkatan sentimen perang perdagangan yang kembali ketara,” kata firma penyelidikan itu.

Malacca Securities turut menyifatkan persekitaran tidak menentu itu akan ketara di pasaran secara meluas dan mencetuskan aktiviti pengambilan untung.

“Kalangan pakar ekonomi telah menjangkakan penurunan OPR pada separuh kedua 2019 dan langkah Bank Negara Malaysia mengumumkan perkara itu semalam dilihat sebagai langkah awal terhadap kemungkinan jangkaan kelembapan ekonomi Malaysia yang boleh menjejaskan pendapatan bank pada masa depan,” katanya.

Kategori