Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Keratan Quran Terbakar Di...

Kalau benar isu bakar al-Quran ini dilakukan pihak tertentu yang berniat serong maka...

Sarjan Tentera Didakwa Miliki...

KUALA LUMPUR - Seorang tentera berpangkat Sarjan hari ini mengaku tidak bersalah di...

Mahkamah Tolak Saman Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengetepikan saman bekas pembantu...

Bantuan JUITA Kurangkan Beban...

JOHOR BAHRU - Bantuan keperluan asas dan wang saku oleh Pertubuhan Badan Amal...

Caj Perubatan Hospital Swasta Naik Mendadak

KUALA LUMPUR – Kadar caj perubatan di hospital swasta kini semakin tinggi sehingga disifatkan tidak masuk akal dan berkemungkinan wujud unsur penipuan yang boleh membebankan pengguna.

Malah, kos tersebut yang semakin meningkat memberi kesan kepada penjawat awam dan masyarakat yang perlu membayar peningkatan premium insurans atau takaful.

Sehubungan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda menggesa kerajaan menetapkan garis panduan kepada semua hospital swasta untuk mengenakan sebarang caj perubatan.

“Ada trend peningkatan mendadak kepada caj perbuatan di hospital swasta . Bayangkan ada yang kenakan bayaran walau sebatang jarum dan sehelai benang sekalipun. Kerajaan galakkan rakyat untuk ambil insurans. Akan tetapi, ia tidak memberi apa-apa jika tidak ada dasar yang baik.

“Penjawat awam juga ada yang perlu tambah premium sendiri kerana caj yang dikenakan semakin hari semakin tinggi. Ini akhirnya membuatkan mereka tidak mampu pada masa akan datang.


“Jadi kita minta kerajaan merangka dasar tertentu untuk mengawal caj hopital swasta,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Iftar Ramadan CEUPACS dan Media bersama Kakitangan Kumpulan Mediacare di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori