Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kuantan FA Diarah Bayar...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Daerah...

122 Terbunuh Akibat Banjir,...

SEKURANG-kurangnya 122 orang terbunuh dalam kejadian banjir lumpur di Sri Lanka selepas dilanda...

Dua Remaja Ditemui Mati...

KOTA BHARU - Dua remaja berusia 18 tahun ditemui mati dalam sebuah kereta...

Selangor Berkeras Mahu Teruskan...

Biarpun dapat tentangan, Kerajaan Negeri Selangor akan tetap meneruskan projek menternak babi secara moden di...

CUEPACS Rayu Kekal Rumah Mampu Milik Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Kira-kira 70 peratus penjawat awam di seluruh negara belum memiliki rumah sendiri, antaranya disebabkan kos sara hidup yang tinggi.

Berdasarkan peratusan itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengekalkan dasar sedia ada yang membina rumah mampu milik khusus untuk penjawat awam.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, keputusan yang dibuat menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) itu sepatutnya menjamin pemilikan rumah buat penjawat awam, sebaliknya kini sebahagian besar golongan berkenaan dijangka bersara tanpa memiliki rumah.

“Ketika DRMM dibuat, CUEPACS tidak dipanggil oleh sama ada setiausaha atau kementerian sendiri sebagai pemegang taruh, berbanding kerajaan lalu yang turut memanggil kami. Mungkin mereka lupa.

“Saya akan mengutuskan surat dalam dua ke tiga hari ini kepada Menteri, Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan pandangan penuh, kriteria yang digunakan kerajaan sehingga penjawat awam terpaksa berkongsi. Harga yang diletakkan sebagai mampu milik RM300,000 juga tinggi, sewajarnya lingkungan RM80,000 hingga RM150,000,” katanya dalam sidang akhbar khas CUEPACS di Hotel Seri Pacific di sini, hari ini.

Sebelum ini, Zuraida mengumumkan bahawa tiada lagi pembinaan rumah mampu milik khusus untuk penjawat awam supaya golongan itu dapat berinteraksi dengan orang lain.

Sebaliknya, keistimewaan itu akan turut dibuka kepada golongan berpendapatan rendah (B40) daripada pelbagai sektor yang layak.


Dalam pada itu, Azih berkata, memandangkan gaji penjawat awam rendah, seharusnya rumah mampu milik dibuat selaras dan tidak melebih gaji yang mereka ada.

“Terus terang kami cakap, setiap kali cabutan perumahan yang dibina untuk penjawat awam dibuat, hanya 10 peratus sahaja yang berjaya.

“Selebihnya perlu bersaing dengan golongan swasta yang kebanyakannya mampu. Sekurang-kurangnya dasar yang ada ini dapat menjamin penjawat awam,” katanya.

Kategori