Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Apa Sebabnya CEO LHDN...

Tulisan: Azwan OmarNOTIS Kebankrapan yang dihadapkan pada mantan Perdana Menteri, YB Datuk Seri...

Video: Ini Cara Indonesia...

IBARAT nasi sudah menjadi bubur, begitulah pengakhiran karier seorang anggota polis berpangkat koperal,...

Chauvinis Ancam Keharmonian Negara!...

KUALA LUMPUR - Keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini terhakis kerana perpaduannya sering...

‘Di Asrama Ramai Anak...

PETALING JAYA: Seorang netizen di Facebook yang mendakwa sebagai mangsa buli, menceritakan nasibnya...

DAP Cuba Samaratakan Islam Dengan Agama Lain

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa cadangan Senator DAP, Nga Hock Cheh bagi mengugurkan perkataan agama pada kad pengenalan adalah percubaan untuk menyamaratakan Islam dengan agama lain di Malaysia.

Ismail Sabri dalam satu kenyataan semalam berkata, perkara itu bertentangan dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan segala bentuk faedah serta keistimewaan kepada agama itu.

“Apakah ini agenda yang mewakili perjuangan sebenar DAP iaitu untuk menghapuskan apa juga perkara berkaitan Islam di negara ini?

“Kesan kepada cadangan itu boleh membangkitkan kemarahan dan keadaan tegang antara kaum di Malaysia. Itu baru cadangan, cuba bayangkan jika kerajaan DAP merealisasikan cadangan ini?” katanya.

Menurutnya, sikap anti dan tidak menghormati agama tersebut telah diungkapkan beberapa pemimpin kanan DAP sebelum ini seperti membenarkan murtad dalam kalangan orang Islam.

“Sebenarnya sikap biadab mereka ini boleh mengundang musibah besar terhadap perpaduan rakyat dan keharmonian negara,” katanya.


Beliau berkata, paling menyedihkan apabila kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut tidak sensitif apabila menyatakan kerajaan akan memperhalusi cadangan tersebut.

“Sepatutnya menteri terus menolak cadangan itu tanpa mengkaji kerana ia bertentangan Perlembagaan dan alasan mengelakkan bencana kepada perpaduan rakyat,” katanya. – Sinar Harian

Kategori