Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hafiz Indonesia Jadi Imam...

ISTANBUL - Seorang pelajar Indonesia, Aswar Anas, bukan sahaja mampu menjadi imam solat...

Mayat Bayi Lelaki Ditemui...

KLANG - Satu mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan perut...

Selepas Enam Tahun Melarikan...

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

Jangan Ambil Kesempatan Politik...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelar pihak yang mengambil kesempatan...

DAP Juga Ada Peranan Cetuskan Peristiwa 13 Mei

KUALA LUMPUR – Jika DAP dan portal berita Malaysiakini serius untuk membincangkan Peristiwa 13 Mei secara menyeluruh, mereka perlu juga membincangkan peranan DAP di dalam mencetuskan peristiwa berdarah itu.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, setiap kali menjelangnya tarikh 13 Mei, DAP akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan diri mereka daripada peristiwa tersebut dengan menyalahkan para pemimpin UMNO.

Sedangkan mereka terlibat secara langsung di dalam mengadakan perarakan kemenangan di ibu negara di samping melemparkan kata-kata kesat kepada orang Melayu selepas selepas DAP dan Gerakan memenangi Pilihan Raya Umum ketiga (PRU-3).

Tambah beliau, usaha menulis semula sejarah 13 Mei itu dilihat sebagai langkah awal untuk memberi justifikasi kepada penghapusan langkah-langkah afirmatif sejak 1971.

“Setiap kali 13 Mei menjelang, setiap kali itu jugalah pemimpin DAP cuba membersihkan diri mereka dari peristiwa itu dan menyalahkan pemimpin UMNO ke atasnya.

“Tahun ini, selepas DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan, usaha pembersihan diri ini dibawa setapak lebih jauh melalui cubaan Malaysia Kini menulis semula sejarah 13 Mei.

“Dimuatkan panjang lebar cerita-cerita mengenai kononnya pemula Peristiwa 13 Mei adalah orang-orang Melayu dan yang menjadi mangsa adalah orang-orang bukan Melayu.

“Sangat perlu dijawab persoalan jika benar DAP tidak terlibat di dalam Peristiwa 13 Mei mengapa pemimpin utamanya, Lim Kit Siang, ditahan di bawah ISA pada 18 Mei 1969,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Mahadzir turut menyenaraikan kenyataan-kenyataan bersifat anti-Melayu dan anti-Islam yang dijadikan asas penahanan Kit Siang di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selepas peristiwa tersebut seperti:-

(1) Menyebut, pada 27 Julai 1968, di satu ceramah umum DAP di Tanjong Malim, Perak, bahawa “dasar pelajaran kerajaan adalah dirangka untuk mencapai penghapusan akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan bahasa-bahasa Cina”.


(2) Menyebut, pada 24 Ogos 1968, di satu ceramah umum DAP di Slim River, Perak, bahawa “satu poster pelancongan dengan kata-kata Melayu ‘cakaplah bahasa kebangsaan sahaja’ jelas menggambarkan dasar satu bahasa kerajaan dan bahawa pengalihbahasaan filem-filem televisyen Inggeris, Cina dan Tamil dengan Melayu adalah tidak adil kepada kaum-kaum lain kerana bahasa-bahasa mereka tidak diberikan status sama”.

(3) Menyebut, pada 7 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu 24, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungei Way, Selangor, bahawa “MCA membantu kerajaan menindas bahasa Cina seperti terbukti oleh ketidakpengiktirafan terhadap projek Universiti Nanyang”.

(4) Menyebut, pada 29 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu Pahat, Johor, pada 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, bahawa “dasar Perikatan adalah ‘dasar perkauman’ kerana Perikatan telah memberikan lebih banyak keistimewaan kepada golongan Bumiputera dalam pelajaran universiti”, bahawa “terdapat warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua – golongan Bumiputera merupakan warganegara kelas pertama”, dan bahawa “kurniaan-kurniaan pingat seperti P.P.M. tidak membawa apa-apa nilai kerana ia diberikan kepada orang-orang di jalanan dan bahawa P.P.M. membawa makna ‘Pelan Pelan Mati’”.

(5) Menyebut, pada 12 Februari 1969, di satu ceramah umum DAP di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, bahawa “kerajaan melakukan diskriminasi antara pelbagai kaum dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Malaya, dalam pekerjaan dan dalam pengagihan tanah dan bahawa kedudukan istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu”.

(6) Menyebut, pada 13 Mei 1969, di satu ceramah umum DAP di Kampong Ayer, Kota Kinabalu, Sabah, bahawa “kerajaan sedang cuba mewujudkan satu Malaysia Melayu dengan membahagikan rakyat kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, bahawa “orang-orang Melayu adalah golongan Bumiputera kelas pertama”, bahawa “kerajaan sedang melaksanakan satu dasar ‘Me-Malaysia-kan’ Sabah di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh orang-orang Melayu”, bahawa “kerajaan sedang melaksanakan dasar pengeksploitasian oleh orang-orang Melayu ke atas kaum-kaum lain” dan bahawa “kerajaan dengan melangsungkan Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur bercadang untuk menghantar warganegara-warganegara Malaysia untuk mati di Timur Tengah bagi menawan Jerusalem untuk Dunia Islam”.

Dalam pada itu, Mahdzir turut menyanggah dakwaan Penasihat Suaram, Kua Kia Soong bahawa Peristiwa 13 Mei adalah pembunuhan beramai-ramai terancang ke atas orang Cina.

Katanya, tanpa mengemukakan sebarang bukti konkrit dakwaan yang dibuat Kia Soong adalah satu cubaan untuk mencemarkan nama baik bukan sahaja Tun Abdul Razak Hussien malah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad jaga. – MalaysiaGazette

Kategori