Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hishamuddin Rais Sahkan Mahathir...

BONGKAR... Aktivis terkenal PKR, Hishamuddin Rais dalam satu artikelnya semalam secara terbuka mengesahkan...

HSR Ditangguh Tapi Tanpa...

TUNDA... Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi...

Operasi 4 Hotel TH...

SHAH ALAM - Operasi empat rangkaian hotel Tabung Haji (TH) yang telah dipindahmilik...

APM Melaka Gerak 190...

MELAKA - Seramai 190 anggota pelbagai agensi di bawah Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri...

Deklarasi Rakyat 2.0: Sejuta Tandatangan Mohon Pecat PM

KUALA LUMPUR – Satu gerakan yang diwujudkan bagi mengumpul sejuta tandatangan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon perkenan memecat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka dapat dicapai dalam tempoh enam bulan lagi.

Ketua Sekretariat Gerakan Rakyat Bebas, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz menjelaskan, gerakan menerusi Deklarasi Rakyat 2.0 itu dilakukan kerana Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dilihat telah gagal memastikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janji manifesto yang dilakukan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Selain itu, Mohd. Khairul Azam malah mendakwa Dr. Mahathir telah melanggar sumpah memegang rahsia dan taat setia untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang telah diikrarkan semasa mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

“Terdapat tiga situasi di mana Dr. Mahathir telah melakukan kesalahan melanggar sumpah jawatan beliau. Kesalahan pertama dilakukan pada 29 November tahun lalu apabila Perdana Menteri telah mengelirukan Seri Paduka dengan menghantar representasi mengandungi kesilapan kenyataan untuk menubuhkan tribunal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memecat enam orang ahli SPR sedangkan faktanya mereka telah meletak jawatan.

“Kesalahan kedua pula apabila kerajaan menandatangani instrumen meratifikasi Statut Rom, 4 Mac lalu tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu di samping bertindak tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan apabila membantah proses rombakan Exco Kerajaan Negeri Johor sedangkan beliau tiada kuasa langsung menentukan perkara tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori