Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mangsa Zika Selamat Lahirkan...

PUTRAJAYA - Seorang wanita mengandung dari Johor Bahru yang dijangkiti virus Zika telah...

Apa Manfaat Diskaun Tol...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Najib Razak mempertikaikan kenyataan Menteri Kewangan, Lim...

Tiga Doktor Ditahan SPRM,...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Pelajar Tingkatan 5 Cedera...

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki tingkatan lima di sebuah sekolah di Jalan...

Diana Danielle Teguh Di Sisi Suami

KUALA LUMPUR – Datin Diana Danielle meluahkan kasih sayang terhadap Datuk Farid Kamil Zahari tetap teguh walaupun suaminya dipenjara sembilan bulan atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Secara berkias, Diana memberitahu, kehidupan ini sentiasa diuji, namun dia, suami dan anak-anak menangani dugaan dengan positif.

“Kehidupan ini sentiasa dilemparkan lemon tetapi kita sudah arif hingga mampu menukar buah masam itu sebagai air lemon,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam status berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata itu memuat kata-kata penuh tersirat bersama gambar yang menunjukkan kegembiraan mereka sekeluarga.

Semalam, Farid dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor di atas kesalahan yang dilakukannya, tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas pelakon dan pengarah berusia 38 tahun itu memilih untuk berdiam diri di mana tertuduh sepatutnya tampil membela diri.

Nor Ariffin turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.


Dalam prosiding berkenaan, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu Farid Kamil dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu semalam.

BH Online masih berusaha mendapatkan reaksi Diana termasuk adik Farid, Fadzil, berhubung hukuman terhadap pelakon dan pengarah itu.

Rumah tangga Farid dan Diana yang dibina pada November 2012, diserikan dengan sepasang cahaya Muhammad, 6, dan Nur Aurora, 4. – BH Online

Kategori