Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Anuar Zain Impi Konsert...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkemuka negara, Anuar Zain, mengimpikan satu lagi konsert berskala...

Tak Perlu Cium Beg,...

SEBELUM ini, kecoh sebentar ruangan siber di Malaysia apabila seorang penumpang pesawat sebuah...

Jemaah Haji Malaysia Berwukuf...

MAKKAH - Kesemua 22,320 jemaah haji Malaysia akan berwukuf di Arafah, Jumaat ini,...

Parti Amanah Kata Rakyat...

KUALA LUMPUR - Gara-gara gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Dilarang Guna Jata Peribadi, Alamat Istana Rasmi Sultan Mizan

KUALA TERENGGANU – Kerabat-kerabat raja atau mana-mana individu tidak layak menggunakan Jata Peribadi (Lambang) Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin serta penggunaan nama Istana Syarqiyyah sebagai alamat orang perseorangan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mohd Azmi Mohamad Daham dalam kenyataan hari ini berkata Sultan Mizan memandang berat terhadap penggunaan lambang serta nama istana rasmi baginda, sebagai alamat oleh orang perseorangan.

“Jata Peribadi Tuanku adalah dikhaskan penggunaan Tuanku sahaja. Mana-mana individu atau kerabat-kerabat raja tidak layak dan tidak berhak menggunakannya.

“Penggunaan nama istana rasmi sebagai alamat oleh orang perseorangan sepatutnya tidak berlaku dan Tuanku juga amat memandang berat perkara ini.

“Mana-mana individu juga adalah tidak layak dan tidak berhak untuk menggunakan nama istana rasmi Baginda sebagai alamat,” kata kenyataan itu.

Kategori