KLANG – Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini mengumumkan 23 lebuh raya di negara ini akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri minggu depan.
Diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.
Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuh raya yang terlibat:
- Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33 peratus
- Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30 peratus
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20 peratus
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20 peratus
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20 peratus
- Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20 peratus
- Jambatan Pulau Pinang – 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)
- Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20 peratus
- Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20 peratus
- Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20 peratus
- Lebuhraya BESRAYA – 20 peratus
- Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15 peratus (semua Kelas kenderaan)
- Lebuhraya Grand Sepadu – 15 peratus
- Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10 peratus
- Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10 peratus
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10 peratus
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10 peratus
- Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10 peratus
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10 peratus
- Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10 peratus
- Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10 peratus
- Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10 peratus
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10 peratus
Selain itu, tiga lagi lebuh raya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu:
- Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) – 10 peratus
- Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) – 20 peratus
- Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja – 10 peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun.