Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Amal Buah Delima Rahsia...

MENJADI selebriti penampilan diri perlu dijaga dan tampil menarik tidak kira di mana....

UPSI Berperanan Sedia Modal...

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu memainkan peranan lebih besar...

Jerebu: USIM Tangguh Sesi...

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menangguhkan sesi pengajian di...

Warisan Nafi Dakwaan Najib...

KIMANIS - Dakwaan bahawa pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah kini terbengkalai...

Diskaun Tol Kelas 1 Di LDP, Kesas Sempena Aidilfitri

PETALING JAYA – Diskaun tol sebanyak 30 peratus akan diberikan kepada setiap pengguna kenderaan kelas 1 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), manakala 10 peratus untuk pengguna jenis kenderaan sama bagi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) sempena Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata potongan harga tol itu bermula pukul 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari pertama Syawal yang dijangka disambut 5 Jun ini.

Kenderaan kelas 1 merupakan kenderaan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi.

“Dianggarkan hampir 516,000 pengguna LDP dan Kesas akan menerima manfaat daripada jumlah RM256,000 subsidi tol yang diberikan pada Aidilfitri tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra dan Iftar Ramadhan LITRAK dan SPRINT 2019 hari ini.

Sazally berkata, sejak 2010 hingga 2018, Litrak memberikan lebih RM14 juta subsidi tol kepada jutaan pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.


“Kami berharap menerusi langkah kali ini, kita dapat bersama-sama dengan pengguna lebuh raya untuk berkongsi kegembiraan menyambut dan menyemarakkan Syawal,” tambahnya.

Kategori