Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PH Tak Pernah Beri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH)...

PLUS, Prolintas Tawar Rebat...

KUALA LUMPUR - Sempena perayaan Deepavali pada 10 Nov ini, PLUS Malaysia Berhad...

Dewan Rakyat Terima Proklamasi...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13, yang...

Tuduh PM Hina Tun...

TUN Siti Hasmah dalam beberapa berita yang dilaporkan hari ini melahirkan rasa sedih...

“Dulu Maki MCKIP, Sekarang Puji Macam PH Usahakan”

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak henti-henti memuji projek Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).

Puji-pujian yang diberikan ke atas projek berkenaan seolah-olah MCKIP dibuat atas usaha mereka.

Sedangkan, bekas perdana menteri itu mengingatkan, projek itu pernah dikecam sebagai ‘tembok besar China’.

Malah satu jalan yang dinamakan Jalan Qinzhou di sana pula didakwa bukti negara telah jual kepada China.

Walhal, ada jalan yang lebih besar bernama Lebuh Kuantan di Qinzhou.

Disebabkan propaganda terhadap MCKIP, Najib berkata, ramai yang memaki beliau akibat tertipu dan dihasut oleh PH.

“Tetapi hari ini pula, PH memuji MCKIP meningkatkan eksport negara.

“Mereka puji MCKIP telah dan sedang menarik lagi banyak pelaburan asing ke negara. Banyak peluang pekerjaan sedang dijanakan oleh MCKIP, puji mereka.

“MCKIP ini sedang membangunkan ekonomi pantai timur yang sebelum ini pernah diabaikan,” katanya.


Meskipun begitu, ujar Najib, PH tidak pernah sekalipun meminta maaf atas fitnah-fitnah mereka terhadapnya tentang projek ini.

Najib membuat kenyataan itu susulan lawatan Nga Kor Ming ke MCKIP semalam.

Dalam lawatan itu, Kor Ming berkata, MCKIP berpotensi menghasilkan jenama Malaysia yang cukup baik untuk peringkat antarabangsa.

Timbalan Speaker Parlimen itu dimaklumkan antara 85 dan 90 peratus barangan yang dihasilkan di MCKIP adalah berorientasikan eksport.

Kor Ming juga menyifatkan MCKIP adalah simbol hubungan diplomatik yang kukuh antara Malaysia dan China serta menjadi model kerjasama kedua-duanya. – MalaysiaGazette

Kategori