Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sultan Nazrin Solat Jumaat...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat...

Menteri BERSATU Lapor Polis,...

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul...

Mayat Bayi Lelaki Ditemui...

BALIK PULAU - Satu mayat bayi lelaki bersama uri ditemukan di dalam tandas...

Video: Nyaris Maut… Lelaki...

SEORANG lelaki di Yaman telah menjadi perhatian ramai apabila tiba di sebuah hospital dengan...

‘Fashion Show’ Produk Golongan Miskin Dalam Kereta Api

JAKARTA – “Berikan kail, dan bukannya ikan”, itulah falsafah Badan Amil Zakat Nasional Indonesia (BAZNAS) bagi membantu golongan miskin untuk lebih berdaya maju dalam mengubah kehidupan mereka.

Tanpa terikat dengan bantuan stereotaip, BAZNAS menganjurkan pertunjukan fesyen di dalam kereta api, yang mempamerkan hasil dan kreativiti pakaian batik serta tenunan, produk daripada golongan suri rumah dan ibu tunggal.

Pertunjukan fesyen itu diadakan di dalam kereta api dalam perjalanan dari stesen BNI City, Jakarta hingga stesen Bandara Soekarno-Hatta, Tangerang dengan kerjasama syarikat pengendali kereta api itu, PT Railink.

Ketua BAZNAS, Bambang Sudibyo berkata golongan suri rumah dan ibu tunggal yang terlibat dalam program itu sebelum ini adalah pekerja di kilang pakaian yang hanya menerima upah sekitar Rp30 ribu (Rp10 ribu = RM3) sehari atau maksimum Rp900 ribu sebulan.

“Sekarang setelah dibantu modal, pelatihan dan pemasaran, mereka mampu meraih pendapatan melebihi Rp2.5 juta sebulan,” katanya kepada pemberita di sini.


Program bantuan keusahawan BAZNAS itu melibatkan peruntukan sebanyak Rp700 juta bagi membantu 66 peserta.

Selain program promosi itu, BAZNAS turut mengadakan promosi produk peserta berkenaan di beberapa pameran lain, antaranya Eco Fashion Week, Pameran Fesyen Puteri Kartini 2019, dan acara pertunjukan fesyen di pusat beli-belah di Jakarta dan kota lain di Indonesia.

Kategori