Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jualan Rendah Punca Mara...

KUALA LUMPUR - Operasi Mara Digital Mall di dua negeri dihentikan memandangkan kadar...

Sekolah Cina Punca Jalan...

ISU lelaki Cina dipukul gara-gara biadap membunyikan hon tanpa henti sehingga mengganggu para jemaah...

Sultan Johor Derma RM1...

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman Facebook rasmi baginda...

Najib Mahu Ketua Hakim...

Putrajaya : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan permohonan untuk meminta...

FGV Umum Tutup 2 Syarikat

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) mengumumkan kini dalam proses membubarkan dua buah syarikat miliknya, Felda Engineering Services Sdn. Bhd. (Felda Engineering) dan Felda Properties Sdn. Bhd. (Felda Properties) menjelang akhir tahun 2019.

FGV berkata, ia adalah sebagai sebahagian daripada program transformasi dan tumpuan untuk mempertingkatkan kecekapan, akauntabiliti dan keuntungan syarikat.

“Selaras dengan usaha membubarkan kedua-dua syarikat ini, FGV telah menawarkan pakej pemberhentian mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan buruh di Malaysia, kepada sejumlah 135 pekerja.

“Setiap pekerja yang terjejas akan menerima antara 10 dan 30 gaji bulanan semasa dan ia bergantung kepada tempoh perkhidmatan di FGV. Kesemua 135 pekerja juga akan menerima liputan insurans perubatan penuh sehingga 31 Disember 2019.

“Selain itu, FGV juga menyediakan sokongan penempatan kepada semua pekerja terjejas untuk membantu memudahkan peralihan yang lancar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, sejak pihak pengurusan FGV membuat keputusan untuk membubarkan kedua-dua syarikat tersebut setahun yang lalu, sejumlah 23 pekerja dari Felda Engineering dan Felda Properties telah diserap ke bahagian-bahagian lain di dalam FGV.


“FGV akan terus membantu sebaik mungkin untuk mencari peluang-peluang penempatan dengan matlamat membolehkan semua pekerja yang terjejas kembali bekerja,” ujarnya.

Felda Engineering dan Felda Properties ditubuhkan bagi menyokong projek perumahan dan pembinaan untuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kedua-duanya tidak melaksanakan begitu banyak kerja di luar Felda ataupun FGV.

Sejak penyenaraian FGV pada 2012, anak syarikat Felda, Felda Investment Corp. (FIC) telah mengambil alih sebahagian daripada kerja-kerja di bawah Felda Engineering dan Felda Properties sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori