JOHOR BAHRU – Dua wanita dari China yang disyaki merupakan anggota geng pukau diikat orang ramai yang kemarahan, sebelum membaling mereka dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan telur.
Kejadian yang berlaku di Pasar Pagi Jalan Jelatang 15/1 Taman Megah Ria, Johor Bahru pada Sabtu itu turut menyebabkan dua suspek tercedera.
China Press melaporkan, kedua-dua wanita yang berumur kira-kira 50 tahun itu ditahan orang ramai ketika cuba melakukan pemukauan dan penipuan.
Menurut akhbar itu, geng pukau mula menyasar pasar pagi itu sejak setahun lalu dengan kes terbaru membabitkan seorang penjaja wanita.
Anggota geng pukau dikatakan bersubahat untuk menjerat penjaja itu sehingga dia sanggup balik ke rumah untuk menyerahkan barang kemas bagi bertukaran dengan surat khabar lama dan dua tin minuman bergas.
Menurut penduduk, geng pukau dari China itu terdiri daripada tiga orang, tetapi salah seorang berjaya melarikan diri.
Seorang suspek dilaporkan terjatuh semasa cuba melarikan diri manakala seorang lagi dipukul sampai tercedera di kepala kerana cuba melarikan diri.
Kedua-dua wanita itu kemudian ditahan di sebuah lorong belakang dan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menangis kerana ketakutan.
Kedua-dua mereka dihantar untuk menerima rawatan di hospital selepas ditahan polis.