Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Dua Gegaran Landa Nepal...

KATHMANDU - Dua gegaran lemah dirasai di Kathmandu dan daerah berdekatan awal pagi...

Chun Yong Guna Taktik...

KUALA LUMPUR – Malaysia akan memperagakan taktik berbeza apabila berdepan juara bertahan, Thailand...

Hebat… Aksi Polis Ini...

SEKEPING gambar yang memaparkan aksi hebat seorang anggota polis sedang memberkas seorang peragut...

Pengakap Malaysia Lancar Buku...

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini melancarkan Buku Mewah '100...

Harga Minyak Dunia Susut, Stok AS Meningkat

SINGAPURA – Harga minyak dunia susut hari ini selepas data menunjukkan stok Amerika Syarikat meningkat.

Di luar Amerika Syarikat pula, pasaran minyak masih mengalami tekanan susulan tindakan sekatan ke atas bahan bakar Iran dan krisis politik di Venezuela berterusan.

Pada masa sama OPEC masih mengekalkan perjanjian pengurangan 1.2 juta tong sehari.

Kontrak hadapan Bren, penanda aras minyak antarabangsa didagangkan pada AS$72.09 setong, susut AS$0.09 berbanding harga penutup manakala West Texas Intermediate pula turun AS$0.02 kepada AS$63.58 setong.

“Harga minyak susut dengan ketara disebabkan stok Amerika Syarikat naik ke paras tertinggi sejak tahun 2017,” kata ANZ Bank.

“Peningkatan itu disebabkan loji-loji penapisan Amerika Syarikat menghampiri musim penyelenggaraan ketika musim bunga, yang menimbulkan kebimbangan bahawa permintaan minyak mentah akan menjadi lembap dan stok akan terus meningkat,” kata bank itu lagi.


Stok minyak mentah Amerika Syarikat minggu lepas naik paling tinggi sejak September 2017, melonjak sebanyak 9.9 juta tong kepada 470.6 tong, memandangkan pengeluaran mencatat rekod tertinggi sebanyak 12.3 juta tong sehari.

Manakala kadar aktiviti penapisan menurun, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA ) pada Rabu.

Menteri Minyak Oman, Mohammed bin Hamad al-Rumhy semalam berkata, matlamat OPEC untuk meneruskan pengurangan bekalan yang telah dimulakan pada Januari nanti apabila OPEC bermesyuarat pada bilan depan. – Agensi

Kategori