Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Miliki Kanabis: Wanita Thailand...

GEORGE TOWN - Seorang wanita Thailand akan meringkuk dalam penjara selama 15 tahun...

WHO Bekerjasama Rapat Negara...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bekerjasama rapat dengan negara-negara yang merekodkan kes...

Lelaki Buat Tatu Berwajah...

SEORANG lelaki yang juga bapa muda bertindak membuat tatu berwajah anaknya di muka...

MUSA Sokong TMJ Sebagai...

MELAKA - Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menyokong penuh Tunku Mahkota Johor...

Harga Minyak Susut 2 Peratus

SINGAPURA – Harga minyak susut lebih daripada 2.0 peratus selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mahu menaikkan tarif ke atas barangan China pada minggu ini.

Kontrak hadapan West Texas Intermediate didagangkan pada AS$60.44 setong pada 0032 GMT pada hari Isnin, susut AS$1.50 setong atau 2.4 peratus berbanding hari penutup.

Manakala harga Brent pula AS$69.34 setong, susut AS$1.51 setong.

Trump menerusi Twitternya memaklumkan akan menaikkan tarif ke atas barangan China secara drastik pada minggu ini menyebabkan pasaran-pasaran kewangan global susut termasuk niaga hadapan minyak.

Wall Street Journal melaporkan Beijing sedang mempertimbangkan untuk membatalkan rundingan perdagangan dengan Washington.

“Trump telah mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan China bernilai AS$525 pada hari Jumaat ini,” kata Penganalisis Kanan Pasaran Oanda, Singapura.


Dalam industri minyak, terdapat tanda-tanda kenaikan pengeluaran oleh Amerika Syarikat, yang mana pengeluarannya sudah melebihi 2 juta tong sehari sejak awal tahun 2018 kepada 12.3 juta tong.

Ini menjadikan Amerika Syarikat sebagai pengeluar terbesar dunia, mengatasi Rusia dan Arab Saudi. – Agensi

Kategori