Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anggap Kerajaan Sebagai Rakan...

IPOH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta golongan muda menganggap...

Ketua Dadah Hidup Macam...

ASUNCION - Polis Paraguay yang menyerbu bilik kurungan seorang ketua dadah terkejut mendapati...

Singapura Bakal Hukum Mat...

SINGAPURA - Pemerintah Singapura dijangka mengenakan tindakan penguatkuasaan lebih berat ke atas penunggang...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di daerah Pitas,...

Hina TMJ: Pipiyapong Bebas Dengan Jaminan Polis

JOHOR BAHRU – Penerbit buku indie, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong yang ditahan semalam bersabit kenyataan berbaur penghinaan kepada Tunku Mahkota Johor, dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi selepas tindakan terhadapnya dilaksanakan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, Firdaus Abdillah, 36, yang merupakan pemilik akaun twitter ‘pipiyapong’ ditahan di Kuala Lipis, Pahang, pada 11.15 pagi semalam.

“Pada 4 Mei lepas, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki awam berumur 37 tahun berkaitan satu posting (hantaran) oleh pemilik akaun twitter bernama ‘pipiyapong’.

Posting tersebut mengandungi kenyataan-kenyataan berbaur penghinaan yang ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – UTUSAN ONLINE

Kategori