Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ahmad Bashah Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Tiga nama diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Pocong Suka Merompak Penduduk...

JAKARTA - Penduduk Solo sebelum ini sering digemparkan dengan kemunculan perompak yang berpakaian...

Ucapan ‘Win’ Neelofa Buat...

SEBELUM ini kecoh di media sosial mengenai usahawan, Neelofa kononnya bersedih hati di...

Remaja Maut Bermain Papan...

KUANTAN - Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid yang maut semasa bermain papan...

Ihsan Perdana Dapat Geran RM40 Juta Untuk CSR

KUALA LUMPUR – Ihsan Perdana Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat yang melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mendapat geran sebanyak RM40 juta daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad dan Yayasan Rakyat 1Malaysia.

Pendedahan itu dibuat oleh bekas Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman yang dipanggil menjadi saksi-37 pada perbicaraan penyewelengan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Shamsul Anwar berkata, kedua-dua yayasan akan menyalurkan dana berbentuk geran masing-masing sebanyak RM20 juta setiap bertujuan untuk kegiaatan CSR untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Untuk pengetahuan, geran oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad digunakan untuk aktiviti CSR di kawasan Melayu yang dimenangi wakil BN dan UMNO manakala geran Geran Yayasan Rakyat 1Malaysia bagi kawasan Cina dan India,” katanya kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Shamsul Anwar mengaku beliau adalah ahli UMNO dan pernah menerajui 1MDB sebagai Pengarah Eksekutif antara tahun 2010 sehingga 2011 berkata, idea penubuhan Ihsan Perdana adalah untuk memastikan tidak ada percanggahan pada masa hadapan.

Jelas Shamsul Anwar, Ihsan Perdana telah ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah untuk membentuk sebuah syarikat bagi melaksanakan program CSR 1MDB.

“Saya diberitahu oleh lembaga pengarah ada percanggahan kepentingan untuk 1MDB menjalankan sebarang kegiatan CSR, oleh itu Ihsan Perdana ditubuhkan semata-mata untuk aktiviti sebegini.


“Tetapi saya tidak tahu dan tidak pernah bertanya kenapa Yayasan 1MDB tidak terus menjalankan kegiatan CSR, apa yang saya tahu tidak mempunyai kapasiti sebaliknya saya diberi kepercayaan untuk mencari satu ‘shell company’ sekaligus membentuk syarikat ini,” ujarnya.

Saksi terdahulu, bekas Eksekutif Akaun Kanan IPSB, Aishah Ghazali berkata, wang sebanyak RM42 juta telah dipindahkan ke dalam dua akaun AmIslamic Bank Berhad milik Najib daripada syarikat Ihsan Perdana.

Kata Aishah wang tersebut dipindahkan ke dalam akaun milik bekas perdana menteri itu bertujuan untuk menjalankan program CSR dan telah mendapatkan tandatangan Shamsul Anwar dan Pengarah Kewangan IPSB, Datuk Abdul Aziz Ismail sebelum pemindahan. – MalaysiaGazette

Kategori