Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Asimilasi Islam Di Korea...

KUALA LUMPUR - Rancangan dokumentari Syahadah 2016 yang bakal menemui penonton sepanjang bulan...

Jangan Sewenang-Wenang Kongsi Berita...

KLANG - Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan...

Liow Tiong Lai Sangkal...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menolak...

Malaysia Kaji Cadangan Kurangkan...

PUTRAJAYA - Malaysia sedang mengkaji cadangan yang bertujuan mengurangkan kos projek Kereta Api...

Inkues Dipertonton Demonstrasi Van EMRS Mengundur

SHAH ALAM – Prosiding inkues hari ini ditunjukkan dengan demonstrasi van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) membuat pengunduran hingga melanggar Muhammad Adib Mohd. Kassim untuk memadankan teori yang dibentangkan saksi ke-24, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat penerangan kepada Koroner Rofiah Mohamad dan juga pihak-pihak berkepentingan melibatkan pegawai pengendali dan peguam-peguam mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan keluarga mangsa.

Demonstrasi itu bertujuan mengukuhkan dapatan saksi berkenaan mengenai teorinya yang menjelaskan mengenai anggota bomba itu dilanggar van tersebut sehingga menyebabkan Muhammad Adib mengalami kepatahan tulang rusuk.

Difahamkan, van EMRS berkenaan yang dipandu anggota bomba turut dibawa mengundur dengan kelajuan 17 kilometer sejam seperti dapatan saksi terbabit.

Demonstrasi itu bermula kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dan berakhir satu jam setengah kemudian di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam.


Bagaimanapun, demonstrasi itu tidak menggunakan van yang sama ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25, Seafield di Subang Jaya pada malam 27 November lalu. – K! ONLINE

Kategori