Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Anifah Aman Lawat Emiriah...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Emiriah Arab Bersatu...

2 Lelaki Tempatan Ditahan...

MIRI - Dua lelaki rakyat tempatan serta 13 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

GAMBAR: Si Kaya Pasti...

REPUBLIK Czech masih lagi dibelenggu krisis makanan dan minuman sehingga rakyatnya menjadi mangsa...

Mahathir Pangku Jawatan Menteri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini memangku jawatan Menteri...

Istimewanya Naja, Lumpuh Otak Namun Hafal Al-Quran

ALLAHUAKBAR. ALLAH maha besar. Meskipun menghidap Cerebral Palsy atau lumpuh otak, namun seorang kanak-kanak dari Mataram, Indonesia dikurniakan kelebihan luar biasa di mana dia mampu menghafal 30 juzuk al-Quran.

Bukan itu sahaja, Hafiz cilik dikenali sebagai Naja, 9, juga boleh meneka dan menyambung dengan tepat surah dari mana-mana ayat sehingga ke halaman berapa.

Di dalam fikiran peserta Hafiz Indonesia 2019 ini bagaikan terhampar setiap lembaran kalam ALLAH itu.

Menurut ibu Naja, Dahlia Andayani, anaknya itu dilahirkan seperti kanak-kanak normal lain dan pada awalnya dia dan suami tidak menyedari keadaan sebenar Naja.

Bagaimanapun doktor mengesahkan Naja menghidap kelumpuhan otak apabila perkembangannya tidak seperti bayi lain.

“Saya juga kagum dengan kemampuan Naja yang mampu menghafal kitab suci al-Quran dengan cepat. Malah, saya juga belum pernah mengajarnya mengaji,” katanya.


Menerusi video dimuat naik di YouTube dan kini tular di media sosial, Naja berjaya meneka surah dan membaca potongan ayat hanya berdasarkan muka surat yang diberikan salah seorang juri.

Kehebatan Naja membuatkan hakim dan semua orang yang berada di studio kagum hingga menitiskan air mata. – Tribun News

Kategori