Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dua Beradik Lemas Ketika...

KUANTAN - Dua beradik ditemui lemas selepas mandi-manda bersama dua lagi rakan mereka...

Kapten Maut Terhantuk Ketika...

MIRI - Seorang kapten kapal maut akibat parah di kepala selepas terhantuk pada...

Telekom Malaysia Akan Jual...

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) merancang akan melupuskan lebih banyak asetnya termasuk bangunan dan...

Melania Undang Putera Harry...

TORONTO - Wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump semalam, mengundang adik pewaris kedua...

Jambatan Angkat Bawa Limpahan Ekonomi Rakyat

KUALA TERENGGANU – “Negeri Terengganu ada, negeri awok ada dok?”

Ia antara usikan kebanyakan individu di media sosial apabila merakam gambar berlatar belakangkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ pertama di Asia Tenggara yang dibina di Kuala Terengganu meskipun masih belum boleh dilalui dan hanya ditinjau dari jauh.

Tetapi keadaan itu akan berubah mulai Ahad ini sehingga 17 Jun apabila kerajaan negeri membukanya untuk percubaan.

Keterujaan melihat secara dekat pastinya bukan sahaja melibatkan masyarakat sekitar tetapi juga mengundang kebanjiran pelancong sempena Aidilfitri dan cuti sekolah.

Sebagai bandar warisan pesisir air, kewujudan jambatan itu di Kuala Terengganu pastinya akan membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, meskipun jambatan sepanjang 638 meter yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus itu dibuka untuk menguji prestasi sistem operasinya, sambutan orang ramai pasti luar biasa apatah lagi sebelum ini telah menjadi tumpuan ramai.

Susulan itu, apabila dibuka sepenuhnya nanti , beliau menjangkakan kedatangan pelancong ke Terengganu meningkat lebih 20 peratus bagi tahun pertama dan mampu memberi manfaat kepada kawasan sekitar seperti Seberang Takir dan Gong Badak.


Justeru, beliau berharap rakyat Terengganu mengambil peluang daripada pertambahan kedatangan pelancong itu dengan menceburi bidang perniagaan dan penyediaan perkhidmatan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

“Kami (Kerajaan negeri) sedang pertimbangkan sekarang ini untuk mewujudkan kawasan-kawasan yang menarik seperti gerai-gerai yang bukan sahaja menceriakan kawasan pesisir pantai yang berdekatan tetapi turut mempromosi produk tempatan,” katanya dalam temu bual di Wisma Darul Iman di sini.

Idea pembinaan jambatan angkat yang mempunyai dua menara setinggi 16 tingkat itu datang daripada jambatan angkat di kota raya London, iaitu London Tower Bridge.

Kategori