Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sharnaaz Ahmad Dedah Punca...

TERDAHULU, kita pernah digemparkan dengan berita pelakon, Sharnaaz Ahmad didenda kerana bersalah menumbuk...

PICKids: Pantau Kesan Sampingan,...

KUALA LUMPUR : Ibu bapa perlu memantau tahap kesihatan anak-anak selepas diberikan suntikan...

17 Pendatang Asing Tanpa...

LUMUT - Sebanyak 17 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam serbuan di dua...

Menyayat Hati, Terpaksa Matikan...

SEORANG gadis remaja berusia 15 tahun meninggal dunia selepas empat bulan bertarung nyawa...

Jangan Buat-Buat Tak Tau Tentang Konsesi Tol

MANTAN perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas alasan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad tentang kenapa Pakatan Harapan tidak dapat memansuhkan tol lebuhraya seperti yang dijanjikan sebelum pilihan raya 9 Mei lepas.

Dalam satu temubual dengan media baru-baru, Mahathir berkata kerajaan tidak dapat memansuhkan tol lebuhraya kerana sedar ia tiada wang untuk membeli lebuhraya-lebuhraya itu, mengatakan lebuhraya PLUS sahaja menelan kos RM30 bilion.

Tetapi Najib berkata Mahathir tidak boleh buat-buat tak tahu tentang perkara itu kerana sebahagian besar konsesi lebuhraya dipersetujui atau ditandatangani semasa dia menjadi perdana menteri ke-4, dan perjanjiannya terbesar adalah lebuhraya PLUS.

Ini juga termasuk semua kenaikan kadar tol yang dipersetujui sepanjang tahun-tahun yang perlu ditanggung oleh para perdana menteri selepasnya dengan membayar ganti rugi bagi menghentikan kenaikan kadar tol.

“Sebab itu semasa saya jadi perdana menteri, kita minta Khazanah dan KWSP beli PLUS Berhad sepenuhnya daripada pemilik swasta dan kemudian merundingkan semula konsesi tol bagi mengurangkan kenaikan tol yang telah dipersetujui.

“Sebab itu semasa saya jadi perdana menteri, tiada kenaikan tol di semua konsesi milik PLUS Berhad, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang, NKVE dan lain-lain,” katanya kepada FMT.

Beliau menambah pentadbirannya juga menutup beberapa plaza tol lebuhraya apabila kerajaan berkemampuan, termasuk 4 plaza tol pada 2017.

Najib juga berkata semasa dia “dilantik” sebagai menteri kewangan pada Oktober 2008, dia mengugurkan kerahsiaan semua perjanjian konsesi tol bawah Akta Rahsia Rasmi bagi memastikan semua perjanjian tol bukan lagi rahsia.


Orang ramai, termasuk mereka yang merangka manifesto, boleh mendapatkan butirannya. Ramai pemimpin DAP dan PKR juga mengkajinya, katanya.

“Jika jumlahnya terlalu besar, seperti yang mereka dakwa, tidakkah mereka akan ketahuinya?”

Beliau juga sempat membidas pemimpin DAP, Tony Pua, yang sebelum ini bertegas memansuhkan semua tol hanya menelan kos RM25 bilion, terutama sejak Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata ia akan menelan kos lebih RM300 bilion untuk berbuat demikian.

“Saya tidak tahu bagaimana Pua mengira kos untuk memansuhkan semua tol. Jika dia masih berpegang pada kiraan itu, PH patut berikan duit kepadanya dan minta dia laksanakan janji itu.” – FMT

Kategori